Kadang kadang kenangan bersamanya melintas fikiran.
Susuk tubuh yang kecil dan kurus,tutur kata yang selalunya jenuh strain telinga nak dengarkan butitr butir perkataan.
Pandangan mata yang selalu dijatuhkan dan buah fikiran serta contoh teladan yang ditinggalkan.
Itulah allahyarhamah Hjh Zaitun bt Ibrahim ,bonda kesayangan ku.
Eh apakena dengan tajuk ,ooooi makcikson.
Banyak kenanya nak..
Aku lihat ibuku tidak mengambil sikap orang luar ,orang dalam dalam melayani menantu menantunya. Dia akan menegur kalau anak anaksaja berkumpul bergelak berhoha yoya sesama sendiri sedangkan simenantu dibiarkan bersendirian . Begitu juga masa makan minum.
Aawat hampa biaq cik..... kat luaq. Panggil dia sama.
Semua menantu lelaki dia panggil cek...
Begitu dia jaga hati menantu2 dia samada lelaki atau perempuan. Tidak pernah terdengar dia mengata menantu menantunya dihadapan menantu yang lain.
Rasanya isu orang luar atau orang dalam tak berbangkit dalam keluarga bila bersama dia. Hormatnya pada menantu mengatasi segalanya. Jadi tak hairanlah kalau menantu ada yg menangis teresak2 semasa pemergiannya.
Sampai ada yg kata...we cant find another one like her. She's one in a million.
Menonton drama adakala macam realiti sebuah kehidupan.
Harap harap aku macam tokton,disayangi menantu2 hingga akhir hayat. Aku jga menyayangi mereka hingga jannah. Harap2 dapatlah menambah lagi menantu supaya aku boleh share rasa kasih sayang seperti tokton.
Eh... adakah yg sudi jadi menantu makcikson. Ewaaah.Haha.
No comments:
Post a Comment