Saturday, September 3, 2016

Mewongi yang membucuk

Bangun a little past 6.
Did what a normal Muslim would do and proceeded to the kitchen after that.
Phew...both lights went out.Gelap.
So tak jadi beroperasi di dapur dan cari kerja lain.
Melintasi pintu kaca ,mata terpandang pokok renek ditanam cikli.
After some rainy afternoons, pokok kemuning kelihatan segar. Dan seronoknya mengeluarkan bunga!
Keluar ke laman dan terhidu bau wangi bunga kemuning yang memang wongi.
kemuning yang mewangi dipagi hari..
Syukuuur....wongi laman RBL yang kadangkala bucuk juga dengan tahi ayam dan kucing...huahua.
Entahlah...kenapa ayam ayam toksaad dan jiran sebelah berminat beriadah dan mencari makan disini.
Tentang kucing tu...ni mesti kerja nina dan budak2 nakal sebelah.

Kebelakangan ini cikli minat sunggoh menanam pokok.
Ada saja yang ditanam. Semalam duit ikan dia guna beli anak pokok rambutan...
Tanam la ni,bila boleh makan...cikson melawak.
Esok keluarlah buah ..haha cikli menjawab.

Risau juga tengok dia rajin sangat dok main dengan cangkul,tajak dan tanah.
Mata tu baru di vrc,acc,coc....entah apa c pun tak ingat dah.
Kaki pula masih berbalut bandages..
Kalau jatuh sakit ,siapa lagi nak tolong kita cikli...kalau bukan bini bucuk ni.Itu pun kalau dia masih boleh bertatih...

Pagi ni smart pula cikli berbaju warna yang tak cikson berkenan...merah.Cikson sejak ajali tak minat merah. Rimas.
Baju subsidi..
Ada mesyuarat katanya.

Biaq pi ,biaq pi kalau itu yang buat dia suka hati.....


banyak kuntum 2 walau pokok ceding saja

kemboja...bila kau nak berbunga ya..

lambat lagi la nak rasa buahnya..

ni pun jambu juga...

di makan ulat atau siput bab 1 pula anak2 terung ni...kesian cikli.
Satu pesanan buat isteri2 muda belia...
Jangan terlalu mengongkong suami kalau dia buat apa dia suka.
Selagi tak bahaya pada rumah tangga.
Kalau tak boleh join...tengok saja pun x apa...biaq pi kat depa na....haha.

2 comments:

  1. betul tu btul... kalau kongkong pun samada dia akan buat juga dalam senyap atau dia akan jadi macam kucing bodo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg kdg kena pekakbadakkan telinga,rabun ayamkan mata ,mutekan mulut utk membina rumahtangga bahagiaaaaa. haha.Jgn know all,do all.Motto cikson dlm menghadapi ragam suami isteri.

      Delete