Wednesday, September 7, 2016

Hujan mencurah....takut bah

Tersentak dari tidur around jam tiga
Terdengar sesuatu di luar jendela.
Aduh ........bunyi hujan mencurah di luar sana.

Takutnya...bah @ banjir mai pula
Jenuh nak berkemas lebih lebih lagi tiga empat hari saja nak raya

Hujan berhenti bila pagi menjenguk hari
Tapi langit mendung macam beri amaran....sat lagi aku curah air lagi

Belek wassap....rupanya di KL pun hujan juga
Kesian kat depa yang nak pi kerja
Tentu jam yang tak terhingga
Sampai tempat kerja tentu punch card jadi merah pula.

Semoga cuaca bertambah baik menjelang hari raya
Cikson dan anakanak cucu nak pi jalan Langkawi sat la.
Tentu tak seronok nak bercanda dipantai kalau laut tengah bergelora
Silap2 hanyut sampai ke benua mana mana...ih ih simpang malaikat na.

Oh well....ha itu saja seloka makcikson pagi pagi ni
Nak mula buat kerja rumah walau sejuk gedi rasa kaki
Apa nak buat....kita tak ada maid yg boleh memberesi kerja hanya dengan petik jari

Dah riuh rendah sekitar RBL ni
Bunyi katak makin lama makin tinggi
Selama ni suara mereka senyap sunyi
Hang pi mana.hang pi mana wahai katak ...kat mana hang sembunyi

Dan kata orang...bila katak sahut sahutan,itu tandanya nak hujan....

Minta minta tu...
Janganlah
Hujan mencurah
Takut bah..

Bye....have a pleasant day.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    di tempat saya hujan lebat pagi ini. Seronok sambung tidur... :)

    ReplyDelete
  2. Mokjadeandell.

    Pagi tadi pon lebat sungguh kat ampang. Saya tunggu hujan reda barulah keluaqq dengan mutu pelan-pelan....kalau reta memang jem la jawabnya! Btw, waktu saya bertugas di langkawi dulu, waktu yang paling saya risau ialah waktu hujan. Ini kerana beach kami akan senang terhakis. Beach erosion. Tak tidoq malam saya! Hahahahahaha.....

    ReplyDelete