Tuesday, August 2, 2016

Silap haribulan daaa.

Bangun pagi bingkas mandi
Satlagi nak hantar cikli
Ke Hospital Tuanku Fauziah di tengah pekan Kangar jam 8 pagi nanti...

Tiba2 cikli bersuara..
Hehe silap haribulan daaa.
Bukan hari ini tapi lambat lagi
Bukan 2 haribulan lapan hari ini
 tapi 26 bulan lapan  nantiiii.

Silap haribulan selalu terjadi..
Ada sekali ,sampai rumah kenduri
Tengok tak ada apa apa yg terjadi.
Rupanya silap hari.

Pernah terjadi, hospital panggil kenapa tak pergi
Temu janji doktor pakar lagi.
Apalagi tepuk dahi

Kerana silap tengok kad yg tarikhnya lompat sana sini...


Itu lah ..bila dah tua tua
Mata pun kalau tak pakai kacamata
Lain ditengok lain dibaca
hahaha....


Appointment cikli cikson catat dalam buku
Tapi itu pun boleh salah kalau baca sekali lalu

So bila tak ada urusan ke bandar
Kat rumah sajalah cikson mundar
Sekejap basuh periuk belanga yg lama dok diluar
Sekejap basuh kain baju seraga besar
Sekejap lagi nak masak nasi berlauk ayam masak macam nasi kandar.....

Bye...have a happy day folks.


2 comments:

  1. Stedeyy Cikgu. Saya ada 3 cermin mata untuk membaca (tu pon salah tarikh jugak kadangkala). Satu kat opis, satu tepi katey dan satu didalam beg sandang. Ahad lepaih pi MJ awai suboh, lepaih disitu pi pulak UM untuk main rugby...kalot cari cermin mata tak jumpa...ahhh sudah kompom tertinggai kat MJ tepi tangga....so pagi tu tak baca whatsapp messages langsung! Mata tak beropa nak terang.....Hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Tu dia aih...3 spek mata pun masih teraba2 nak baca.
    Saya kalau nak jalan 3 benda kena ada sentiasa..purse,hp dan spek mata..Kalau tidak tak tau apa nak kata.

    ReplyDelete