Menderum bunyi kereta pagi pagi sebelum matahari menampakkan diri. Faham sangat kalau hari sekolah . Tentu ibubapa dalam perjalanan menghantar anak2 ke sekolah. Dan tidak berapa selekoh dari RBL ada sebuah sekolah menengah dan kalau masuk sedikit dalam kampung ada sebuah sekolah rendah..Hehe...sekolah first cikson jadi GB. ...SKTTB.
pic...from google |
Maka setiap pagi cikson akan membelok ke kanan selepas titi di Seriab. Menuju timur . Melalui jalan yang seriau nak lalu. Toleh ke kanan parit atau some terusan. Toleh ke kiri sungai pula. Jalan pula one way. Tinggi atas batas ban.
Jadi bila pagi2,dengan hati2 cikson pandu Kembara merentasi jalan liku liku itu. Mata ke hadapan memandang keajaiban tuhan. Bukit yang samar2 ,burung yang berterbangan . Itu memberi ketenangan.Hinggalah sampai ke satu jambatan untuk cikson seberangi sebelum sampai sekolah disebelah kiri...
Kadang2 perjalanan smooth saja. Kadang2 bila sampai sekolah,rasa macam nyawa2 ikan. Tercungap2 .
Lebih2 lagi bila berseliseh dgn lori....hihi. You have to stop your car by the edge of the river to let the lorry go....Silap2 masuk dalam sungai which did happen to one of the staff.
SKTTB.... I salute you . Ibubapa amat memberi sokongan pada sekolah. Setiap bulan cikson jemput mereka untuk berkongsi kemajuan atau kelemahan anak2 didik. Yes...everyone of year 6 GB buat pemantauan. Ada rekod. Ada graph. Bila bilangan anak murid sedikit,maka dapatlah dipantau sendiri.Dan bukan tahun 6 saja diberi perhatian...lain kelas pun. Terhutang budi sunggoh dengan PIBG dan guru2 disitu . Lebih lebih lagi masa lawatan di Raja...
Keunikan sekolah menarik perhatian pengarah film...Oh Bulan...
Lama sudah cikson tak masuk sekolah tu. The last time bila cikson memanggil untuk kenduri cikten back in 2014. Cantik sunggoh macam resort. Banyak pembaharuan. Ada bangunan baru.
Niat ada juga nak melawat lagi tapi tak berani. Hari tu cikli bawa kereta masuk dari jalan Dato Ali. Mengucap aja cikson bila jalan muat tayar saja. Takut tergelincir kedalam sawah. Tentu payah.
So dari kejauhan...eh eh tak jauh pun....cikson nak ucapkan pada murid2 disitu.
Belajar rajin2 ya nak....
Be like Mat Redho
or Sulaimen pemenang India Got Talent
or hafiz2 yang selalu kita lihat ditv. Atau mereka yang berjaya dalam hidup mereka.
Ambil inspirasi.....apa kita nak jadi...
pic...googled |
pic...googled |
pic...googled |
Assalamualaikum Cikgu... Tempat jatuh lagi dikenang, kan ? 😀
ReplyDeleteMualaikumsalam kakcik,
DeleteRindu juga pada sekolah2 dan kawan2.
Bila lah saya nak sampai ke Perelehh ni...ETS dah ada. Kawan pon ada 2-3 orang kat sana...depa dok ajak pi....sampai ke sudah! Saya ambil kesempatan ini mendoakan agar Cikgu suami isteri diberikan kesihatan yang baik...
ReplyDeleteUncle,
DeleteTerimakasih atas doa utk kesihatan kami. Naik ETS senang sangat . Tup2 dah sampai. Harini baru pi beli tiket ke KL pergi balik. RM 168.00 saja utk warga emas.