Thursday, May 12, 2016

walau tingtong rasa kepala

 Walau tington rasa kepala
Siap juga gulai ketam masak nenas sebelanga

3 ekor saja belah dua
Dapatlah dimakan sorang tiga

Satu dimakan waktu tgh hari
Satu lagi utk malam ini
Dan yang satu boleh simpan utk esok hari.
Itulah cara nak jaga ekonomi...

Nenas sebiji banyak boleh dibuat resepi
Selain gulai ,goreng dgn telor pun boleh menjilat jari
Buat menyicah tokyu pun amboi sedap tak terperi
Mak mentua lalu pun tak disedari...

catatan ni cikson buat lama dah...terperap saja dia dalam draft.

Hari ciklin balik,dia beli ketam dua ekor di pasar tani.Cikson sejak disahkan ada ancaman gout sbb uric acid dah tinggi,cuba sedaya upaya mengelakkan makanan laut begini.
Dah dibeli,apalagi, siang,basuh dan terus masak gulai ketam.
Dan malamnya tangan cikson jadi gatal2 macam kena galagata..( entahlah...tak pasti pula sebutannya). Ruamnya boleh tahan gatalnya . Mujur dia hilang bila dua hari cikson basahkan dengan listerin.
Eh...pasaipa tangan ni boleh gatal tiba2 selepas membasuh ketam? Remains a mystery to me.

Semalam bergegas ke remedic ambil ubat kerana kepala rasa pusing...
Walau tintong rasa kepala,masih ke sana sini.
Ke KTM Arau beli tiket ETS utk KL kenduri anak saudara.Melayang 200 ringgit utk tiket pi balik dua warga emas....murah la tu.

Melihat bangunan bangunan yg makin rancak sedang dibangunkan , Kangar is fast expanding. Tapi bagaimana rakyatnya. Senangke cari kerja.Atau banyak dibawa masuk pendatang asing. Berurusan diklinik,selalu saja terserempak puak puak ini menjalani pemeriksaan kesihata, utk renew permit agaknya...
Tingtong kepala jadinya melihat mereka memenuhi ruang klinik. Pakaian mereka, senda gurau mereka dapat membezakan mereka. Riang saja sepanjang masa.

Thats all folks...no DIY or recipe kali ni..

Till we meet again,bye.




1 comment:

  1. Selagi boleh berjimat, cuba untuk berjimat. Sama jugak cara tu ai buat dekat rumah. Toksah nak membazir.. ;)

    ReplyDelete