Besoknya....
Doktor silih berganti memeriksa pesakit. Kata putus dibuat. Cikli akan dibedah segera.
Maka menunggulah kami di wad utk saat cikli dibawa ke satu tempat dibangunan lain.
Tunggu punya tunggu punya tunggu....cikli masih diatas katil nombor 23.
Malam menjelang dan cikson balik ke rumah utk berehat.
Jam 3 pagi cikli menalipon dia akan menjalani prosedur itu.Berpesan tak perlu datang sebab keselamatan.Betul...sekitar tempat menunggu macam tanah perkuburan yg seram.Gelap,sunyi sepi.Tiada siapa siapa naima si guard yg menemani cikson dulu.
Namun setengah jam kemudian cikli menalipon memberitahu operation tak jadi dibuat. BP cikli mcm yo yo. Tak stabil.
Esoknya cikli minta untuk dibelikan minuman horlicks dikantin. Permintaan ditunaikan. Dengan plastik ditangan cikson berjalan laju ke katil cikli.
Kedepooooop!....plastik horliks selambak menyembah bumi. Putih mata kami. Mujur juga masih berbaki sedikit dlm plastik utk cikli.Cepat2 cikson lap lantai dengan SKL dan tissue. Malu aih na panggil cleaner atas kecuaian sendiri...
Cikli masih belum dioperate. Selepas makan dikantin tgh hari berikutnya cikson belikan dia minuman yg diingininya.Oh ya makan sendirian dikantin hospital dah tak jadi hal buat makcik ini.Tapau lauk dan nasi.
Menapak kembali ke bangunan tersergam dengan jari2 menjijit beg plastik berisi makanan. Pijak saja kaki di tengah lobi,cikson macam tak percaya plastik berisi horlicks lucut dari jari.
Ke depoooop! Tengah2 lobi air horlicks itu menyembah bumi. Kali ini tanpa berbaki. Kelamkabut cikson. Malu ada,kecewa pun ia.
Mujur makcik guard dan pakcik guard baik sekali. Mereka suruh cikson pergi dan mereka akan memanggil cleaner untuk memberesi. Thank u all.
Dalam lift cikson tak dapat menahan sebak. Dua kali air yg sama tak dapat cikli minum. Dan untuk pertama kali cikson sendiri terkejut yg keluar dari kerongkong cikson bukan suara tapi macam orang kena athma...ngeri siot ketika itu. Tentu mereka yg ada bersama2 ketika itu terpinga2. Kenapa cikson begitu.
Masuk ke wad satu cikson duduk dulu di sofa. Nangis sepuasnya.Entah apa yg sangat menekan jiwa.
Bila dah stabil baru cikson menuju bilik cikli.
Mana air horlicks? Tanya cikli.
Itu cerita cikson yg tak dapat mengawal perasaan.....Depan guard pun boleh menitis air mata..
Besok lain cerita.
Ceritanya.....lain kali saja. Ni pun dah panjang berjela.
Bye.....
Allah hu akbar... Muga sentiasa tabah dan sabar dengan dugaan yang amat mencabar itu. Menjaga orang sakit dan orang tua amat mencabar yang pernah Mak Long lalui. Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat ini...amin
ReplyDeleteAmin...
DeleteTQ Mak Long.Betul sangat,sabar amat perlu bila berdepan situasi ini.
itulah yang dikatakan bukan rezeki. sedangkan yang dah masuk ke mulut pun boleh keluar semula.
ReplyDeletesabar dan redha sahaja...
Itulah IM, kalau tiada rezeki. Tapi bila berlaku kali kedua,semacam saja perasaan tiba.Macam petunjuk pula apa lagi yang akan tiba...
DeleteSaya dapat merasakan.....saya juga pasti akan sedemikian setelah kiriman tak dapat ditunaikan. Bukan sengaja tetapi secara tak sengaja berlakunya perkara tersebut. Sabar banyak-banyak...
ReplyDeleteTQ Uncle, entah hari tu sensitif sangat sampai tak dapat menahan rasa sebak lihat air diminta pesakit tumpah ke bumi.
Delete