Friday, April 29, 2016

Rezki rimau...makan sampai lemau.

Just the otherday,sempena hari lahir.cikson bawa cikli pi makan dekat Kola. Jam 6 tercegatlah sepasang suami isteri itu di Komalaut,Kuala Perlis.
Tanpa ragu ragu,gerai biasa kami tuju.
Ikan dipilih ,menu pun sudah
Ke meja kami menanti juadah
Aduh....selera mmg ke laut dalam sudah
Apa di telan terasa payau sbb kelat lidah.

ni masa just the other day. Lihat Tanglung bergantungan, di seberang.
Pagi semalam,lepas ke bengkel kereta di Jalan Gangsa,cikwen kami jemput dari airport Kepala Batas.
Teringin la nak makan chicken rice di Rice Shop. Pusing balik ke Jalan Gangsa dimana kedainya terletak di sana.
Hmmm....habis juga sepinggan nasi.

Malam anak teringin nak makan ikan bakar. So ke Komalaut kami pergi sekali lagi. Nak jadi cerita hujan mencurah curah turun semasa kami jejak kaki..Namun keinginan anak tak boleh disangkal lagi.



hidangan semalam

steam ikan boi....amboi amboi

Meninjau ninjau kami ala ala shopping spree bila akhirnya dapat kami atasi halangan hujan yg lebat tadi.
Sini,dah makan se malam.
Sana...harga melambung tinggi
Akhirnya di satu lagi gerai kami berhenti.

di sini pula kita cuba
Ikan seekor di masak dua. Bakar di ekor dan steam di kepala.
Sayur,telor,sotong jadi tambahan pinggan di meja
Maka makanlah kami sampai habis ,yg tidak di bungkus bawa balik rezeki siTam dan Nina. Tak baik kan membazir rezeki.Tu shaitooon punya keja.

Itulah cerita kami....yg tak dapat ke mana2 akibat schedule dan appointment cikli yang bertali tali.
Sekejap itu sekejap ini. Esok di sana,lusa di sini.Nasib kami.
muka kesian kena tunggu....eh baju sama mcm malam tu.

Kepingin tak dapat digambarkan teringinnya nak berombongan ke majlis kenduri anakanda Ami....
Ke Batu Pahat nun jauh dihujung negeri...apa nak buat dah suratan Ilahi..


2 comments:

  1. Cikgu
    Saya ni percaya sangat jika dah tertulis nama kita kat rezeki rumah kenduri A, maka macamana payah pun kita akan kesana juga. Kalau dah takda nama tertulis pada rezeki rumah kenduri B, dah dtg tp tak makan punboleh jadi juga. Rezeki kita kat tempat lain pula. Pernah kena...

    ReplyDelete
  2. Akak,
    betul sangat tu.Tapi kadang2 jadi juga macam lebai yg tak dapat mkn kenduri walau dah berusaha sepenuh hati. Lebai malang yg mudik menentang arus kononnya nak mkn kenduri di hilir yg lebih sedap dari hulu. Last2 dua2 melepas.

    ReplyDelete