Tuesday, April 26, 2016

Hari hari berlalu...2

Seawal pagi kami suami isteri yakni cikson cikli dah berada didalam teksi. Destinasi: HSBAS...Hospital Sultanah Bahiyah Aloq Staq ,Kedah.
Pak Ya memandu dijalan yang biasa..overpassing the numerous traffic lights along that stretch of road. Jalan yang diambil tak mungkin kami ingat kerana banyak simpang siurnya.

Sampai disana ngam ngam dgn masa yg tertera dalam kad oren. Cikson menolak kerusi roda cikli menuju kaunter pendaftaran. Rasa berat pula cikli kali ni .Termengah mengah makngah.

Hari ni nak tanya apa fungsi FAST LANE yang tertera dalam kad berplastik bersama  nombor giliran.
Cik...kad ni apa guna dia, makcik buat muka tak malu ,lalu menyoal sipemberi.
Dan betullah...fast lane utk org berkerusi roda,dan satu dua kategori lagi.Cepat saja urusan di situ. Hanya 5,6 nombor saja sebelum nombor dipanggil.Kesian makcik sebaya yang sakit jantung tapi dapat nombor bermula 8......Jenuh menunggu dia.

We left the crowd and soon went to the 2nd floor. All went smoothly compared to the hectics of the previous time.Tunggu daftar pun dah lebih sejam. Silap letak kad pula penalty setengah jam.

Cikli di periksa dan menjalani rawatan. Titis ubat 2 round diikuti pula dengan laser.
Masa menunggu ,cikson dah nampak cikli dah lain macam. Mujur ada beli air kotak dan bun sebagai bekalan.
Habis dimakannya walau sekeliling puluhan manusia.
Burrrrp...alhamdulilah .

Hari ni cikson ringan mulut dan telinga . Bila kawan sebelah menegur,ramah saja sambung menyambung cerita bertukar.
Dan bila dia tahu cikson pencen GB,lagilah ramah dia bercerita dan menyoal.
Tapi satu hal la sekarang ni,sejak cikli dok masuk keluar hospital,cikson dah tak kisah ttg pakaian.
Baju kurung bermanik dalam almari dah tak tersarung lagi..
Slipper Gombak pun tak jadi hal tersarung di kaki.

Hanya satu jadi kemusykilan hati...
Minggu lepas pegawai yang bertugas beria ia memberi penerangan dan arahan. Tapi bila datang hari ini,lain pula arahannya. Dan cikson memberanikan diri menanya doktor akan duduk perkara.
The answer is always no if u dont ask.

Sat lagi nak goreng bihun. Dah malas nak keluar rumah pi beli.....
Bye folks..
I wrote these anecdotes as a diary of sorts of what we went through.Yg emotional dan traumatics to biar dia jadi asap dan bertiup lalu.
Bye. Love u alls .May Allah bless us all.

2 comments:

  1. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Cikson dan Cikli.

    Berurusan dengan manusia memang banyak karenahnya, sama ada yang baik mahupun sebaliknya...

    ReplyDelete