Monday, March 28, 2016

Kesiannya kat kita kita....GST .

Petang se malam ruang tamu cikson jadi ruang kongres. Melalui siaran tivi terkini secara langsung cikson dan suami yang dikasihi dapat menonton acara langsung yang berlangsung di Shah Alam sana.
Itulah pertama kalinya dan yakin akan ada ulangannya.

Ttg kongress itu....
Terkesima cikson melihat personaliti 2 yg menguasai pentas.Selalu dengar nama dan tengok siaran tak langsung.Bersahaja mereka berucap dgn nada yang menguasai suasana. Minus sorang yang banyak mencarut. I dont loike that.

Antara yg disentuh ttg GST dan susah payah penoreh,pesawah nun di kampung.Dgn musim kering begini ,penoreh mengeluh tiada susu getah mengalir dari batang yg ditoreh. Pesawah pula tengok sawah kering kontang dgn mata buntang.,...Aduhai kesiannya.Bersyukur kita masih ada bumbung utk berteduh dan perut masih dapat diisi 3,4 kali sehari.Mereka?

The other day,I happened to sit near the pharmacy counter of a clinic. Nyonya sebaya dikerusi depan senyum dan menyapa.
Waaa...saya harini duit tak cukup la nak bayar ubat. Kita tak boleh kerja sbb mau jaga suami.Dia banyak penyakit lo...
Dia bercerita tanpa aku bertanya.
Akhirnya doktor mengurangkan jumlah ubat utk dia dapat membayarnya.
Itu dia.... dari kaum yang kita selalu bersangka mereka tidak apa apa dgn GST punya cerita.

Memasuki kedai persis di timur tengah aku tertarik dengan jus pomengrenate atau jus pamoga kata makcik vida.
Harga sesuai dengan duit didompet.
Aiiik....bila anak gadis penjaga kaunter mengetuk mesin,lain jadinya.
Awat dik...?
GST makcik... katanya dia
Hmm...dari 18 ringgit kena bayar 21.00.

Begitu juga bila banyak kali berurusan membeli ubat ubat cikli dari farmasi.
Harga 35 dah jadi 40 untuk memcuci luka.

GST GST....lama2 boleh mati
Rakyatla bukan pak menteri.
manis rasanya si nenas madu
Tak ada duit air liur berambu...
harganya mmg tak mampu


Rumah pasti milik pun belum pasti milik kita.Entah2......ini pun tak .

Anda terkesan tak?

6 comments:

  1. Rm18 jadi Rm21 berapa persen GST yang depa kenakan kalau ikut kiraan GST 6% jumlah kena bayar Rm19.08 je...

    Saya kat Kajang selalu shopping kat Mydin je sebab di sana tak perlu bayar GST.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jun,
      Rasanya saya tersilap tgk harga asal gitu.....

      Delete
  2. Rakyat mengeluh bukan sedikit kerana GST. Sedih tetapi rakyat tidak upaya untuk mengelak GST. Kami di negeri menyeberang benua pun bayar cukai beli juga 8.25%. Lega sedikit tiada cukai beli untuk barang makanan mentah dan ubat. Insuran perubatan pulak satu punya beban. Tak ada insuran itu kena saman!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long,
      Mcm kata apek dlm film p ramlee....Nak mati pun susah...

      Delete
  3. Saya pon jadi letih...tapi diluar negara khabarnya tax sangat tinggi. Chef-chef hotel dari eropah lebih suka bekerja disini kerana tax masih rendah kata mereka berbanding di eropah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Chef chef tu dibayar ikut duit mana ... RM atau USD
      Apa2 depa juga senang bila mai sini no..

      Delete