Saturday, March 26, 2016

Di sini mulanya .....No 7 kenangan lalu

Selepas urusan cikli selesai,kami meredah Kangar Town menuju arah utara. Sudah lama juga dia tidak ku jengok. Entah bagaimana rupanya dia.
Satu taman dipinggir jalan Kangar- Padang Besar kami tuju.

cikkoko berabuk didepan no 7 yg berdanok
Kunci ku buka. Pintu dikuak.
Masih sama .Cuma sarat habuk dimana2.
habuk tanda lama tidak dijenguk

Kenapa lampu masih menyala dan kipas ligat berpusing.
Cepat suis ku capai dan mematikan aliran letrik...
sedih juga meninggalkan tempat nostalgia ini.
Nombor talipon agensi membersih rumah baru saja aku salin dari baju yang dipakai pekerjanya.
Nanti kalau ada kelapangan ,rumah ini akan dibersihkan mereka.
Biarlah keadaan begini sehingga cikli sembuh sepenuhnya.Cikli masih perlu rawatan hingga masa yg tak dapat dipastikan.
Sudah lama masak memasak tidak dijalankan
Peralatan ada tapi berdebu.


Buat lah ofis u rumah ni,cikson beri cadangan
Kat sini urusan pejabat
Bahagian sini pula bukalah kedai runcit atau refreshment kecil kecilan.
Tak payah sewa.
Haha...rupanya selama cikson tak menjenguk disini,harta karun cikli dari pejabat lama semua dia angkut kat sini.....
Lihatlah harta karun cikli dimana mana...
di corridor depan


di halaman depan

di porch..

2 comments:

  1. sesekali memang pernah terbit perasaan ingin pergi ke Kangar... sebuah bandar yang tenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun dua kebelakangan ni,Perlis pun dah banyak membangun,Sana sini naik bangunan.

      Delete