Cepat juga hari ini.
By 11.00 dah habis temujanji dan bergerak ke kedai makan utk mkn pagi n tgh hari sekali.Brunch kata orang muda la ni.
Restaurant masakan kampung menggamit kami pergi. Kali kedua kali ini.
Masakan sedap
Ambience nyaman.....namun....
Di sudut, seorang teruna ganteng bertubuh sasa berdrama.
Mula mula batuk batuk yang tak enak rasanya didengar telinga juga dilihat dimata
Kemudian bercakap menyanyi macam macam irama.
Surat khabar dia selak
Membacanya buat kami tergelak.
Lepas tu bernyasyid ,berdoa macam anak sekolah pondok
Last2 timbul rasa takut......
Siapa tu...cikson tanya pemilik kedai
Bahu diangkat tanda tak kenai
Habislah kalau dia kesini hari hari
Pelanggan setia tentu lari..
Dia melihat cikson memakan daging
Diciptanya lagu ...orang makan daging
Dilihatnya pelanggan sebelah minum teh ais
Lagu teh ais pula dia nyanyikan.
Sudah....ketawa mengekek pula lepas itu
Buat cikson cepat2 habis makanan dan pergi dari situ.
Maunya dia mengamuk,naya aku.
Hari ni panas .Suhu 97 darjah fahrenheit.
Orang yang biasa biasa pun boleh pengsan
Sana sini tanah menguning gersang
bakar jerami padi |
takut tengok api membakar |
tanah yang gersang.....Jitra |
di tepi highway.... |
Panas sungguh suhu sekarang
ReplyDeletesuhu di sana tak dapat dibayang
melihat ragam pelbagai orang
fikiran boleh jauh melayang...
Kakcik,
DeleteSuhu disana...takut nak hadapi itu semua.kalau disini pun dah tak tertanggung
Cuaca tidak menentu masa kini. Di tempat kami waktu gini biasanya belum musim hujan lagi, April biasanya musim hujan.
ReplyDeleteMak Long,
Deleteagaknya bumi pun dah merajuk dengan kita.