Thursday, December 24, 2015

Sana sini di kotaraya

Seminggu juga ciklicikson berkelana di ibukota Malaysia yang dicintai.
Hari Jumaat ciklicikson menaiki ETS menuju KL Central.Tak ingat pula apa apa yg signifikan masa dlm perjalanan pergi.Tapi bila balik ....meriah I tell you.

Reached KL around 1.00 and ciklin brought us to Parklane OUG.Tingkat 8 . Slept for the night and the next morning ke Platinum apaentah ,rumah cikten pula.Mereka baru pindah masuk rumah dan masih berurusan pindah memindah.Tapi keinginan berjumpa cucu buat kami ke sana juga.

dari balkoni PV
Esoknya ke Masjid Ubudiah di Ampang memeriahkan majlis akad nikah anak saudara.Sekali lafaz saja Qla menjadi isteri kepada anak adik cikson...Nizam bukan laksamana

kyusuk semua
antara mereka yg ada
baca jgn tak baca

Besoknya pula kami ke Dewan JKR ditengah kota .Majlis meriah dgn 2 pasang pengantin sekali gus.Satu dari Kedah dan satu dari Trengganu.Cikson salah seorang ahli rombongan dari Kedah.
Makanan OK tapi kesian juga tengok insiden2 yg terjadi didepan mata.
Ramai yang hampir tersadung akibat karpet yang tidak dibentang dengan teliti. Lebih malang lagi bila hanya kain nipis dihampar depan pelamin. Ternganga kami melihat satu demi satu mangsa hampir tersembam kerana kain hamparan yang licin.
persandingan 2 pasang pengantin kembar

Pengacara majlis bersemangat mengendalikan majlis. Pengumuman demi pengumuman ,aturcara demi aturcara.Sporting semua yang diseru.Tapi pengumuman kehilangan anak kecil berusia 3 tahun buat kami terpana.Sebelum tu sibu nampak dipentas posing dengan anak anak.


meja cikson...dah makan habis dah
Sehari lagi di East KL....ETS pilihan hati balik benua...eheh balik negeri.Pagi pagi lagi menumpang menantu pergi kerja dan sempat singgah di Jabatan Kerja Raya WP.Selepas itu ke KL Central.Menunggu sebentar ETS tepat bertolak jam 9.30 pagi.

Bagaimana ni... seat yang dapat 7B dan 8B..bermakna bercerailah tempat duduk suami isteri.
Cikli yang duduk di 8B menyuruh cikson join dia di 8A. Minta tukar dgn penumpang yang lagi satu.
Hehee...mendapatlah dia hari tu bila yg mengisi bangku itu adalah pakcik senget .
Dengan lantang dia mau tempat dia
Saya nak duduk tempat saya...laungnya loud and clear.
Dan cikli pun kenalah akur itu tempat dia.

Memandangkan sebelah cikson kosong sampai Tg Malim cikli beralih tempat sebelah cikson.Dan nak jadi habuan sampai Kangar tiada siapa claim tempat itu.Selamat...

Perjalanan hari tu meriah dengan kehadiran kaum ibu yg hendak ke Langkawi.Meriah dengan ketawa dan senda gurau mereka.
Tapi pakcik senget diseat belakang hal sendiri..Dahlah cakap talipon kuat2,dengar lagu pun kuat kuat.
Jam 5 petang Kangar kami sampai.

Haha..panjang pula catatan hari ini.

Have a happy long weekend folks.
Salam Maulidur Rasul semua. Bye.








4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Selamat menyambut Maulidur Rasul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul kakcik.Semoga dibsrkati Allah sentiasa

      Delete
  2. anak saya dari KL jam 12, sekarang jam 4 petang baru sampai Sungkai...

    katanya, ETS dah fully book...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga anak2 cikson.bila la nak sampai. Semoga diberi Allah dlm kebaikan n dlm peliharaannya

      Delete