Besoknya cikson hanya mengeluarkan beg plastik berisi ikan kembung.Dan selamatlah ikan2 itu jadi rezeki ciklicikson dan anak anak kaki empat.
Besok pula cikson seharian menemani cikli di hospital Alor Setar. Nak balik masak badan dah terketar ketar. Penat weii.
Dan kelmarin cikson mengeluarkan barangan yg dibeli utk memasak. Udang direndam dan dibersihkan..konon nak masak lemak udang bersama nenas.Tentu nyam nyam nyam.Dalam mencari ramuan utk sayur,peti bhg sayur cikson keluarkan.
Eh... apa ni...
Ambik kau... ketam tiga ekor ada bersama sayur mayur.
ketam seperiuk |
Selepas,menyiang,menggaram,mengasam....seperiuk ketam masak lemak cili api bersama nenas siap utk di saji.
Se ketul diceduk utk di rasai.
Ooooi... tak boleh tahan.Kalau diteruskan mau cerry berry memanjang.
Lemak ketam diketepikan...seperiuk asam tumis ikan kembung jadi pengganti.
Bila cikli pulang .....
Eh kata masak lemak ketam.Kenapa ,mengapa,dimana dia?
La ....dia merungut. Rugi la lagu tu.Tiga ekoq tu dua puloh ringgit tau!
20 ringgit saja. Kalau sakit jumpa doktor mau 60 ringgit.Dua orang jadi 120 ringgit.Cikson berhujah.
Lagi pun 600 ringgit pun I tak gelabah...
Maka sampai pagi ini lemak ketam cili padi masih berbaki.
Dan duit 600 ringgit yang tenggelam dalam ATM di KL Central telah di pulangkan CIMB. Case resolved and closed.Ini lah dinamakan rezeki.
Masak lemak ketam n nenas seperiuk itu bukan rezeki.
No comments:
Post a Comment