Wednesday, July 8, 2015

Macam tadika.....

Bagai berada dalam Tadika pun ada masa aku disana beberapa jam , beberapa jam yang lalu.Menemanai cikli yang memerlukan rawatan mata yang entah kali ke berapa.
Suara lantang misi memanggil nama.
Terketar2 pakcik pakcik yg sememangnya dah tua melangkahi baris2 kerusi menuju sudut .
Si misi menunjukkan huruf
Pakcik...huruf apa ni?
Yang ditanya laju menjawab
Semakin lama semakin lewat jawapan diberi.
M  kata pakcik
Salah tu...kata anak kecil yg memerhati..

Rosli bin .....
Nama cikli dilaungkan
Cikli kebahagian sudut itu
Satu satu terdengar suara cikli menyebut huruf huruf.Kemudian diam.
Tak nampak dah.....lantas diberi izin kembali ke saf.Tunggu giliran dalam bilik pula.

ABCDEF....lantang suara pesakit menyebut huruf 2 yang dirujuk.Cepat dan yakin.
Pandai....dapat A ni aku melawak
You tadi macam murid Linus.
Dan peserta pertama macam murid baru masuk tadika..

Itulah antara scenario diwad Ophthalomology pagi tadi.Masa aku jadi peneman cikli yang semakin teruk jarak penglihatan.
Namun rawatan belum berkesudahan.Kena datang balik bulan depan..

Hello YB.
Sisuami menegurku
Isssh.....aku mmg fail dalam mengecam nama .
Hello...jawabku.Sambil senyum kambing.....bekkkkk.

YB...Yang Berhormat
No no hormat apa nye...Its Yang Bersara.
Jumpa kawan GB yg menemani isteri..Life passed too fast.Its been 7 years since I saw him in the meeting room...
Itulah roda dunia...


4 comments:

  1. saya pun kekadang letih berulang hospital dan klinik bawa ibu_suri dan sekarang abah mertua pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM...tolong orang dapat pahala..kata mak saya.Bila diri kita pula yg sakit selalu terfikir ada ke orang nak tolong...anak2 jauh dirantau.Sanak saudara pun sama.Nasiblah.

      Delete
  2. As salam. Cik Son , i've been your die hard fan loving every bit of yr story. One thing for sure, yr english lguage is superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasniah,
      Salam.Terimakasih banyak2 kerana sudi membaca blog merapu cikson ni...
      As for my English...banyak yg berkarat.Jadi utk tidak mereputkannya ,cikson sekali sekala menulis balik dalam BI.Banyak grammar yg salah kadang2.

      Delete