Saturday, June 27, 2015

Hai macam 2 .......

Following the news nowadays could make you crazy....Hai macam macam kejadian .BIG SCALE.
Tak habis dgn 1MDB,timbul pula cerita MARA
Aduyai tanah airku.

Semalam ciklicikson tertonton....ter ya bukan me
Rancangan berupa bual bicara.Tajuknya Lanskap.Entah kenapa rancangan itu diberi nama sedemikian cikson kurang arif.Kalau rancangan berkebun ada kot juga berkaitan.

Berbalik pada tokoh yang dibual bicarakan adalah Datuk Anuar Musa...Makcik tertarik dgn caranya berbicara dgn cermat dan hemat.Butir bicara dia kita lain kira.Samada betul atau auta.That is another matter.
Ada pemimpin terserlah diwajah rasa serba salah.Ada yang tergagap gagap .Yang laju macam keretapi cepat saja nak habis ayat.
Yang lawaknya malam tadi kami lakibini sikit lagi nak kelahi...Cikson dok focus,cikli dok beri ulasan selari.Sampai kehabis rancangan tenggelam timbul biji2 perbualan.

MARA makcik kenal zaman dulu kala adalah tempat utk buat pinjaman.Tak kira samada nak buat bisnis atau menyambung pelajaran.Dan selepas tamat SC/MCE cikson apply utk study di UK. Masa tu blur sebenarnya hala tuju .Dan cikson berjaya .Dapat pi belajar kat London....tapi takdir menetukan cikson tak pergi.Entah2 kalau dah pergi mungkin tak jumpa jalan balik negeri.Anyway...makcik memang jenis perantau.Sampai sekarang pun dok merantau di Peghelih ni.

MARA juga menyambung talian hayat buat anak cikson study.Tapi kena bayar bukan free.
Juga buat pinjaman cikli besarkan bisnis dia sedikit sedikit.Nak bayar tu yang sakit.

Dulu kalau naik bas ,bas MARA jadi pilihan..Keluar hutan masuk pekan masa mula mula berkhidmat dipedalaman Selangor dulu dulu.Juga berjalan ke rumah saudara di Felda Sg Tiang berzaman yang lalu.

MARA dan orang terlebih dewasa mmg sinonim....
Tapi kenapa kompleks perniagaan yang under MARA nampak macam2 .Selalunya segan nak berkembang.
UITM pun asalnya MARA kan.Kalau salah tlg perbetulkan.

Semoga simpang malaikat 44 segala yg menjahanamkan...Kalau tumbang dia apa lagi yg kita ada.
Gerun memikirkan satu satu kejanggalan terserlah....
Belum habis 1MDB,Tabung Haji,itu ini....MARA pula yg mencelah.
Malaysia tanah airku....hai macam2 ada.

4 comments:

  1. Macam-macam dok jadi aihh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat macam macam, macam ni saja.Rupanya macam macam lagi terbongkar satu satu.Haru.

      Delete
  2. saya dulu belajar kat Institut Kemahiran MARA. belajar free dapat duit poket lagi.

    tapi sekarang, MARA kaya tapi anak anak kita kena bayar untuk belajar. rupanya duit tu masuk ke dalam kocke orang lain...

    kemudian ugut pula bila pelajar tak bayar pinjaman.

    lepas ni ntah institusi mana pula yang akan keluar citer duit kena rompak...

    mungkinkah PTPTN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ironinya...yg merompak tu bukan pakai topeng .Terang 2.Tapi masih tak dapat dibuktikan.Semua berjalan dgn betul.Betul saja tak ada auta...

      Delete