Monday, April 6, 2015

Seperti hikayat seribu satu malam adanya.....entah bila hujungnya.

Seperti hikayat seribu satu malam adanya cerita ups n downs warga RBL kalau nak tau.
Ada suka,ada lucu,ada geram,ada semua rasa.
Sampai nak mamai mana nak mula.

MIL selamat menjalani pembedahan lutut di hospital di ibukota Perlis Indra Kayangan.Tepat jam 7.45 disurung memasuki operation theatre.Dan hampir jam 12 baru selesai.Petang tadi around 4 selepas urusan perubatan cikli selesai,cikson gagah diri minta kebenaran masuk melawat.Dapat pas lawatan.Hanya sepuluh minit dalam bilik ,pengawal dah minta pelawat keluar....Dan sebagai warganegara yang patuh peraturan cikson pun keluar tanpa bantahan.

Urusan lawatan di hospital kerajaan mmg strict dan cikson suka cara itu.Taklah berbondong bondong pelawat dalam bilik pesakit tanpa kira waktu.Semasa dirawat di hospital swasta ,kita yang sakit bertambah sakit bila senda gurau pelawat yg melawat pesakit katil sebelah tak putus2 siang dan malam.Mungkin kerana bayaran mahal yang dibayar buat para waris pesakit beranggapan mereka tidak perlu ada sekatan utk buat lawatan.That is the downside of private hospitals yg pernah cikson berurusan.Bukan sekali tapi berkali kali..

Eh mana hikayat seribu satu malammnya...

Tajuk saja ...sebenarnya habuk pun tadak...haha.

To my dear sonny bonny..have a safe journey.Amboi kerap pula dok pi Jakarta .Rezeki dia.Selepas melalui perit lelah dan menolak angin,dia diterima bekerja di sebuah firma di ibunegara.Boss mat saleh katanya.Semoga anakanda berjaya dalam mengharungi cabaran serta pancaroba,Maju kehadapan dlm meniti tangga dalam jawatan.
To my daughters yang akan bercuti keluar negara ...have a pleasant journey.Take care.Mama jugalah yg dok terperuk kat rumah saja.Nak buat macamana no.....

Entahlah...masa lampau,masa kini ada saja habuan utk kita.Kedepan tak tau nak jangka..Hidup harus diteruskan kerana hujungnya entah bagaimana...entah bila.

Cikson





No comments:

Post a Comment