Gunakanlah bahasa kebangsaan kitaMarilah amalkan ramai ramaiBahasalah menyatukan kita semuaYakinlah bahasa jiwa bangsa
Sila nyanyi dengan intonasi yang nyaring.Suara Soprano.Macam yang amoi comel dalam klip tv tu.
Lagu ini membawa saya mengimbau kenangan di alam persekolahan sekolah SBS,Kulim. Tak berapa nak ingat la tingkatan berapa.
Bagi menjayakan Bulan Bahasa ,sekumpulan murid diasuh menyanyikan lagu ini dan di nyanyikan sebelum tirai panggung wayang dinaikkan.Maka naiklah kami ke pentas dan menyanyikan lagu ini dengan semangatnya.
nasyid |
choral speaking |
Semangat apa ke bendenya!
Se ingat makcik nak mendaki tangga pentas panggung wayang Cathay tu pun dah menggigil lutut.Nak menyanyi? Lagi hanyut.Maka terkomat kamitlah mulut makcik buka tapi suara tak keluar.
Begitulah pemalu,penakutnya anak pak mat cik aton sorang ni.
Jadi bila dapat anak ,makcik tanam azam,nobody must be like me. Naik pentas pun dah macam nak terkucil besar dan kecil.
They must be made to be strong…ewah. Confident ….ewah.
So dari kecil,pentas adalah tempat untuk menyemai konfiden diri.Apa saja kesempatan diambil untuk mereka diberi ruang dan peluang. So dari tadika lagi,anak anak makcik di asuh jadi penari,penyanyi,pencerita atau paling tidak…..penambah set.
menari |
primadona |
kumpulan tarian sekolah |
Kadang kadang tak tertahan gelihati tengok gelagat mereka. Ada hari menjadi dan ada hari jadi disaster.Tapi pedulikan.yang penting mereka di beri peluang untuk tidak rasa gentar dihadapan khalayak ramai.
Melihat gambar gambar mereka ,terasa nostalgianya.
melukis/mewarna |
bersukan |
family day |
Semoga sikap percaya diri yang kita tanamkan akan berguna dalam mereka menghadapi ranjau dan onar kehidupan.
No comments:
Post a Comment