Saturday, April 11, 2015

Bila cikli tengok bola...

GOLLLLLLLLLLLLLLL....
Hoooi...awat lembik sangat.
Ha tendang,tendang.
Balik tidoq lagi baik...
Allah!
Fuyoo...

Itulah suara suara dan ulasan selari yang kedengaran dari ruang tamu RBL.Setiap kali ada perlawanan bola.Cikson tak berapa gemar nak tonton .Sekali sekala bolehlah.

Bila cikli control tv..cikson tak dapat tonton rancangan disukai.Jadi mengadap lappy lah dia semasa cikli bertempik suka atau sakit hati.
Tak kuasa dia nak tonton tapi sakit hati bila perlawanan tak menjadi.
Tak mau dia darah tinggi dengar cikli dok maki maki...

Eh..apa yang dok baca dalam lappy tu...sampai dah tak peduli apa jadi dalam perlawanan ditv.
Cikson suka baca forum...dari Cari Gold,Cari Forum dan juga blog blog yang disukai.
Curious nak tahu tentang apa perkembangan terbaru negara dan dunia hari ini.

Kesian PM kena balun kiri kanan
Kesian Kak Mah jadi bahan tohmahan
Kesian rakyat berkeluh kesah akibat kenaikan harga yg adakala tak munasabah.Siang tadi cikli ke pharmacy beli ubat dan alatan sakitnya....beringgit ringgit naiknya harga dari biasa.

Terbaca berita ferry terbakar diThailand
Terbaca letupan bom di Koh Samui
Terbaca ramalan gempa yg mungkin tiba di Jepun dari petanda petanda yang ada
Cikson rasa gabra.
Anak ada bercuti diThailand disana
Anak saudara pun kerap ke Jepun kerana kerja
Anak di Indonesia sunyi tanpa berita...

Mohon tu biarlah mereka selamat sahaja.Terhindar dari mara bahaya.
Kadang kadang macam tak mau baca berita lagi...

Ignorance is bliss....

No comments:

Post a Comment