Sunday, March 29, 2015

Germanwings...kemungkinan yg mungkin

Terbaru kisah Germanwings memenuhi siaran berita.Buka tv baca akbar semua ada.
Yang menarik perhatian aku adalah kemungkinan kemungkinan yang mungkin terjadi.Dan para penyiasat cepat memeriksa voice rekorder atau kotak hitam utk mengetahui punca bencana.Dan kemungkinan yang mungkin menjadi petunjuk yang sahih tentang berlakunya trajedi di pergunungan Alps . 150 mangsa dan beratus sanak saudara yang terlibat sama.
googled
googled

Dalam nafas ku hela....

Perjalanan menaiki kapalterbang tak kiralah sebesar atau segah mana sudah menjadi cara yang biasa buat orang yang biasa biasa macam makcikson dan ummah yang seangkatan dengannya.Semenjak cikli tak sihat utk naik bas ke KL rasa tak berapa kena.Nak bawa kereta lagilah.So adalah lumrah ciksoncikli naik Firefly,Malindo, utk ke SBZ.Kalau cikson jalan sorang sorang pun kapalterbang juga jadi pilihan. Kalau dulu dulu orang kaya saja boleh naik ...sekarang ada 100 dua dah lepas pergi balik...

Berbalik kpd punca co pilot Germanswing menjunamkan kapalterbang itu adalah kerana masaalah kesihatan dan juga putus cinta.Kononnya dia mengalami masaalah penglihatan,dpression dan masaalah kesihatan ini membantut peluang dia utk menjadi pilot long haul .Tak dapatlah dia memakai pangkat captain katanya...
dan katanya dia hendak namaya terkenal serata dunia...Ermm banyak sunggoh katanya.

Bulan April ini 3 anak cikson akan menaiki kapalterbang ke destinasi mereka.2 bercuti dan seorang kerana tugas.Tak jauh tapi sejam dua juga perjalanan.Mungkin cikson sendiri bersama cikli naik pesawat udara ke ibu kota.Minta minta tu dijauhilah segala yang tak terjangkau dek fikiran.Seram memikirkan.
Berbalik kepada kemungkinan mekanikal,struktural atau dari perbuatan pilot sendiri ,diharap syarikat penerbangan ikutilah SOP yang ditetapkan.Janganlah ambil mudah perkara2 yang kecil2.sbb yg kecil akan jadi besar kalau tak diberesi.
Masa menunggu di SBZ ,puas cikson jadi pemerhati.Lenggang lenggok peramugari.Derap langkah pilot 2 penuh gaya mendominasi.
Nampak berkarisma mereka.... kata hati.Cantik,menawan,handsome walau ada perut jalan dulu.Itu yang luaran .Yang dalaman dapatkah kita meneka?
Dalam tawa senda gurau mereka entah apa yang mereka sedang hadapi.

Duit gaji cukup untuk memberesi hidup serba glam anak isteri.?
Dan seribu macam persoalan...



Hmmmm...peristiwa yang betul2 berlaku buat aku termenung panjang.......Janganlah ada Andreas Lubitz antara kamu.
Captain....are you ok? Kalaulah dapat dicari formula utk menentukan tahap kesediaan mereka mungkin perkara trajis ini tak berlaku..







4 comments:

  1. Salam Kak.
    Saya pon akan ada trip lepas ni....gulp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam uncle,
      Dah lepas ke trip tu...
      Semoga kita sentiasa didalam peliharaanNya

      Delete
  2. Setiap kali masuk ke perut pesawat, tak dapat tidak rasa 'ngilu dan ngeri' tetap ada. Cuma yang boleh dibuat, banyak2 berdoa agar Allah SWT mempermudahkan perjalanan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakcik,
      Semasa berlepas dan mendarat banyak betul kupu2 dalam perut..

      Delete