Bagaimana aku kat sekolah? Hmmmm murid yang serba kurang mana ada kenangan.Cuma yang aku ingat,aku minat gila membaca.Cuba sedaya upaya nak dapat pengiktirafan dalam bidang akademik.Jadi aku belajar dan belajar .Dalam kelas aku baca.Tengah makan aku baca.Tunggu bas pun aku baca...Setiap tahun adalah nama aku dipanggil naik pentas ambil hadiah.Dan aku antara ahli persatuan General Knowledge yang dapat menjawab soalan soalan jurukuiz..wah hebat aku tang tu.
Tak lupa aku setiausaha perpustakaan sekolah dan membuat kerja alih bahasa buku buku diberi guru.
Dalam kelas ,pelajaran yang aku suka tentulah Bahasa Inggeris.Satu masa kawan kawan melayu sindir aku supaya berkawan saja dgn Singh yang pandai BI bila aku selalu guna bahasa bombastic.
Matlamat aku bila SC/MCE mesti dapat grade 1/1.Guru guru pun selalu kata aku boleh.Mau tak meraung dan tak keluar bawah katil bila keputusan tak seperti yg ku mau.Actually masa aku bersekolah adalah masa sengsara aku dalam keluarga.Tak ada ketenganan.Hari aku nak periksa pun masih ada persengketaan . Mujurlah juga lepas tu aku pull through.
Sebenarnya...sebenarnyalah kenangan semasa sekolah tak ada apa nak dibanggakan.Yang terbayang seorang murid yg pendiam,pemalu,miskin tegar.Mujur juga jumpa jalan keluar.
teringat ....langgar tiang bendera masa kawad.. |
Cikgu
ReplyDeleteKdg2 kerana byk dugaan masa kecil/membesar membuatkan kita kuat bila melayari hidup kita.
ALHAMDULILLAH... Nampak cikgu berjaya hingga bersara... Pengetua sekolah tu....
Akak,
ReplyDeleteAlhamdulilah,kerana pernah susah,jumpa masaalah saya tak sangat keluh kesah.Tapi tu la confidence tu tak ada langsung,malu,khuatir banyak sangat dlm diri.
Kdg fikir balik...haih mcmana ha boleh sampai jadi GB sekolah.Jadi teraju .Sbb dulu2 sangat2 pemalu.