Selalunya makan roti dah memadai sebelum keluar cari nasi lemak.
Nak goreng nasi..nasi hanya sejemput.Itu pun rezeki utk anak anak bulus.
Nak goreng bihun,lambat pula nanti.Mana nak rendam bihun,sedia bahan...
So apa akal cikson.
Tengok di pantri jumpalah bahan2 ini
Milo
Gula
Telor
Tepung gandum
Garam
Margarine
Dalam besen cikson gaulkan bahan bahan di atas.
Jerang air panas.
Buat lubang ditengah bahan2 diatas.Masukkan air panas sedikit demi sedikit.Gaulkan tepung .Buat begitu sehingga semua tepung jadi sebati dgn air panas.
Panaskan kuali.Basahkan jari ,jemputkan doh dalam minyak panas.Balik balikkan.
Inilah jemput jemput milo cikson petang semalam.Kegemaran anak teruna di KL sana.Teringat kat dia.
Bila buat cara ni,cucur jadi lembut sekali.Sekali makan nak lagi dan lagi dan lagi...hehe.
jgn tengok rupa... |
mai minum petang.. |
No comments:
Post a Comment