Saturday, February 28, 2015

Bulan baru,template baru

Besok bulan baru.Dah masuk bulan Mac.Oh no.
Cepatnya masa berlalu.
Nothing significant.
Tapi kan dah lama tak godek godek blogger.Dan entah apa2,tiba tiba timbul rasa nak mencuba.
Ambik kau!
Tak sempat sempat lagi belum apa 2 pi tekan apply to blog to buat apa.Sepatutnya back up dulu.

Haha....terimalah Thru Ups n Downs bermake-up baru.

Bye.
Salam.
Mubarak ko...sambil tengok kajol dgn aji devgan.Teringat kajol kat KL..

Update....ni yg ke tiga tukar template hari ni.Asal ada hijau makcik suka.
Welcome March...

the do......tetamu yang sudi bertamu

Mesti ada yang dah termuak baca sajian cikson tentang kenduri tahun sudah itu hari.Tak habis lagi ke?
Oh well...last piece sehingga I change my mind.Hope not.
Whatever la makcikson oooi...

Belek belek gambar kahwin ,baru cikson realise ada tetamu yg cikson ingat tak hadir rupanya hadir.Xie xie ni,
Masa cikson dan suami menunggu didepan dewan ,dapatlah kami sambut sendiri tetamu yang hadir. Berjumpa dan bertegur sapa.It was one of the happiest day of my life.Jumpa kawan kawan lama dan saudara mara.
Seronok tengok kakak2 ,abang dan sanak saudara yang sama sama membantu menjayakan majlis itu...Ke tepi ke tengah mereka membantu.
It was the first majlis in ciklicikson's family.Tentu banyak salah dan silap dlm merai tetamu...maaf  dipinta ya.From the bottom of my heart.


haha...ini lah antara saudara mara & tetamu yg sudi bersama kami...
Antara gambar gambar yang Amini Wedding Photographer beri..bukan cikson tangkap sendiri.

at 12.oo tetamu mula datang

makanan disaji

penyambut tetamu yg berseri seri

makan dan minum jgn malu

keluarga ciklicikson adanya

pengantin masuk dewan,flower girls cucu menakan

kawan kawan jauh dekat dtg meraikan

sanak saudara belah tokton

juga belah tokma toksaad 

belah pengantin lelaki

pasangan bollywood nampak happy.Dah dapat pindah ye...

keluarga Prof Hamzah dan Dr.Habibah....pandai mereka atur tinggi rendah.

keluarga Pakteh makteh dari Kedah...orgnya ramah tamah.

sepupu 2 ....juga abang dan kakak....


Diakhir kata....bye itu saja.
Bln 10 nanti ada cerita...haha.







Friday, February 27, 2015

These days..

I was rudely awakened by the loudest bang ever...Gedebuuuum,,pang pong pang pong.Tersentak bangun dari tidur.And until 2 all the booms and the bangs could be heard clearly even though the sources might be a km away.
Tentu lebih teruk di KL sana.Masa anak bermastautin di Seri Kembangan dan Kepong ...hewww..keadaan seakan medan perang .Bukan orang saja yang terkejut ,anak anak bulus pun sama.Menyelinap bawah meja dan kerusi setiap kali mercun berbunyi.

meriah ke disini

di sini tentu semalam orang tak lena 

Malam sebelumnya around 4 aku tiba tiba terjaga.Macam tersentap lagaknya.Bila mataku buka, gelap gulita.Panas pula membahang rasa.
Wei...lampu tak dak.Karan tak dak..
takuuuuut
Dan aku perlu ke bilik air.Apalagi teraba rabalah aku dalam kepekatan malam.Lampu jalan pun tiada.The blackness of the night was stifling.Dont know when I managed to close my eyes.



Membaca dan mendengar cerita suka saudara mara,kawan rakan bereksplorasi hingga ke benua China buat aku rasa sayu pun ada.
Hai entah bilalah boleh enjoy sini sana.
Keadaan kesihatan cikli these days buat aku melupakan angan angan nak berjalan .Kalau tak penting,aku tak akan pergi.
Tadi cikli keluar pekan dan sejam dua lepas itu dia pulang.Letih lesu nampak dia berjalan.
Di tangan dia tak ada gantungan plastik seperti selalu.Hari ni cikson dah bekalkan duit utk beli makan tgh hari sbb dalam petiais bahan masakan belum dibeli.

Tak apalah...nanti sihat I keluarlah beli.

Cikson ke dapur.Telor 3 biji di goreng serentak.Masak ,angkat dan taruh dalam pinggan.Bawang putih dan merah diracik bersama cili digoreng hingga wangi.Masuk sos tiram,garam dan air asam.Dah pekat curah atas telor goreng.Siap satu menu.
Sayur sawi,udang,carrot disayurkan...
Tumbuk sambal belacan cili api.Makan sekali tambah lagi.

It reminded me of those days ,growing up in JPL.Tt bela ayam dan telornya jadi main dish,sayur dipetik dari pagar ,letak betik dah jadi hidangan sehari.Besar panjang pun anak anak tt.
Orang utara secara biasa kena ada empat lauk baru sempurna katanya
Ada gulai
Ada sayur
Ada ikan goreng
Ada sambal belacan....

tu menu kira simple sangat dah.Kalau jamu tetamu, tentu ada yang juih lidah
gulai ayam mama
Mana kerabu,mana daging,mana ayam...ni belum penuh meja !



RM 100 hanya bertahan berapa hari beli barang basah.Susah .susah.
Today I gave 100 to a person in need and lo ho behold my phone message read:
.....has transferred rm 100 to your account.
Terimakasih anak.Tak sangka dapat duit hari ni.Syukur.

And when the other day cikten and hubby bought things ,I saw the picture of myself doing the same thing for tt...years back.

These days...panas,sakit,demam jalan sehaluan.Jagalah kesihatan.





Jumaat harini.

Add caption
Sebelum merumus.....,cari fakta
Usah terjun telaga buta
Sebelum menghakimi,.....fahami kenapa
Usah jadi hakim bisu ,buta dan alpa
Sebelum menyakiti.....rasa
Sakitnya kalau orang buat kat kita
Sebelum bercakap....fikir
Jangan terus keluar apa nak kata

Semoga kita tidak menjadi insan yang menyakiti,memusuhi,mencemburui sesama sendiri.Terutama kaum keluarga sendiri.Yang tua dihormati,yang kecil disayangi,yang susah ditolongi.

mama

Thursday, February 26, 2015

the do....dewan sekolah aje pun...

Dewan sekolah aje...itu jawabku bila mereka bertanya.Kenapa tak buat dekat Mess Polis.Dewan Warisan....air con ,selesa tau...sampuk seorang.
Hmm dewan sekolah pun bkn percuma.Air con tak ada,kipas ada...angin pun ada.Cikson melawak.

Maka berlangsunglah majlis itu di sebuah dewan.Malam tu kami sangat penat dek kerana majlis akad nikah sebelah petangnya berlangsung agak lewat...hai la tok kadi awat buat lorat..Jadi tidaklah kami ke dewan melihat apa yg dah disiapkan.Kami in term of cikson and cikli.

pelamin nikah ..lupa dari mana...
So pagi pagi safie kami bertolak ke sana yg jauhnya hampir 3 kilometres dari RBL tapi hanya sepelaung dari no.7.
Ayooo...hanya pelamin dan walkway serta meja pengantin makan saja yg ada.Meja meja makan lain belum siap rupanya.Kecemas juga.

Hmm..sat lagi depa mailah.Depa taulah kerja depa..Bisik hati.Benar sekali catering cekap mengatur susun dewan.Tak lama siap kerja mereka.
Yang terkial kial adalah makcikson dan anaknya ciklin.Meja candy buffet tak siap,Meja utk buku visitor pun kemana.Susup sasap dua beranak cuba menyiapkan.Mujur ada sepupu ciklin dan ayahnya datang menolong.Cikli pula gigih menaikkan banner di pintu masuk.

pelamin dari Haasz

meja makan pengantin

dewan sekolah Kolej Vokasional Kangar

pintu gerbang

makanan dari Kinah


Hampir jam 11 baru kami balik ke RBL utk bersiap.Sambut tetamu.
haha...dapat gambar dari photographer dah masuk bln ketiga majlis diadakan.Biar lambat asal ada..

Next.... tetamu yg sudi.

DIY...andai ku lalu jln itu lagi

Tahun lepas ,semasa majlis walimatulurus anak ,cikson tak langsung mengambil gambar seperti biasa.Selalunya apa2 majlis,cikson tak lekang dari Nikon coolpix nya.Sampai cucu menakan pun dok tanya..tok ngah tu buat apa ya tangkap gambar selalu?
Tapi kali ini dalam majlis yg dibuat dirumah sendiri ,nikon tak nampak rupa.Gambar tak diambil langsung.Mungkin terlalu sibuk atau overly worried.So banyak perkara yg cikson buat tak didokumentasikan....
Jadi bila cikten dpt photo dari photographer ,baru cikson dapat lihat kembali DIY yg dilakukan.
Bukan apa,nanti kalau nak buat balik ada lah panduannya.Adalah pegangannya.

1. Catatan panduan...
Buku ni cikson buat utk mencatatkan butiran aliran kerja dari kewangan,list nama tetamu,vendor dsbnya.Taklah detail tapi adalah sikit sikit supaya nanti2 tak payah lagi mencari.Mencari vendor pun bukan kerja enteng tau.,,silap vendor letih.
Mencatat ke mana duit pergi pun ada kebaikkannya.Taklah tertanya tanya.Duit aku pi mana?

disini catatan yg tak seperti

buat panduan diri


senang nak cari nanti

selepas guna tampal kat sini ya

senangkan bila semua ada..


2. Hantaran
Barang barang hantaran cikten beli ikut kehendak mereka sendiri,sudah tentu.Tapi gubahan ciklin yg
menggayakan dibantu ibu...Bunga hidup dari ibukota jadi penghiasnya.Kotak putih pun dari jalan TAR.Susah tau nak dapat .Alas dulang ciklin jahit sendiri..



hantaran yg simple mimple


3. Hiasan rumah / mkn minum akad nikah.
Pelamin akad ditempah.Simple tapi meriah.Khemah sebuah ditengah laman.Lantern warna warni bergantungan...rasa mcm CNY atau pun dlm kayangan...hehe.
Mee udang,puding,kuih kuih hasiltangan maklang.Tapi ada lagi disponsor dan ditempah.
kerahan tenaga...anak menakan membantu.sayang kamu
4.Candy buffet.
Makciklah beria nak adakan .Pergi romantica AS terbelilah barang barang lebih lebih lagi bila ada harga potongan.Ada frame gambar,ada tempat kek ,ada timba warna warni.Atas meja ,letak manisan ...jadi..
Lihatlah candy buffet hasil kerastangan makcik anak beranak...ciklin semestinya.


its love that made it

jellylo


lidi utk marshmallow...buat sendiri riben2 itu.Cara2nya nati cikson beritau.


candy booth 

5.Meja buku visitor ...
Hias serba sikit kerana tak cukup masa...
buku tetamu
dgn kasih sayang mereka menulis


catatan  manis  kenangan dibuat

Itulah serba sdikit yg cikson DIY bersama keluarga...simple simple saja...

Wednesday, February 25, 2015

WW...mai minum petang


bubur masak sendiri


Panas petang2 ni terhapus agaknya kalau dapat semangkuk bubur

Jom masuk dapur.

Cara cikson

1.Basuh pulut hitam.Masak hingga kembang.

pulut hitam  suku periuk
2.Masukkan santan kotak,garam,
santan kelapa
3.Masukkan gula.Agak agaklah jangan sampai maneh melecaih.SIAP! Senangkan.Usah ditanya daun pandan kat mana.
4.Cikson suka sejukkan dalam petiais.
5.Bila nak makan titiskan air gula merah dan juga susu cayaq.Perrrrgh.
susu
gula
sila sila.

WW...masam boleh jadi manis

"Otaheite gooseberry" by Abhishek Jacob
Masam bedengung
Not palatable
Singkei gigi.......

Wait!

Lesung batu,garam,gula,cili padi,asam boi atau asam PB,peti ais.....SIAP!

Tuesday, February 24, 2015

Those darn cats.....jom pindah anak anak.

Laman depan RBL jadi panas comes afternoon.Bila matahari terbit pagi dinding dan laman tepi rumah pun panas.
So mana yang tak panas?
Ha tu dalam rumah.Cikson start 11 pagi dah on aircon.Adakala sampai pukul 4 baru dia off.Temperature 20 C.Tentu nyaman.
Nina scouted the openings and came across one open window.Whew...chance ni.
So nina gonggong anak dan panjat dinding.Bolos dalam rumah dan letak sikecil atas lantai.
Duduk sini diam diam tau...sssh...nina pesan pada anak
Tingkap nina panjat sekali lagi utk ambil anak yang lain.Nina gonggong dia hoyong hayang dari laman depan ke laman belakang.
Tiba tiba...
Hei nina bawak balik anak keluar.Tempek pakli.
Keluar!.....amboi cengenya.Tak bagi chance nina nak rasa air con.
Pakli bangun dan ambil anak anak bawa keluar.
Nina pun dia marah .Dia arah nina keluar dan he shut the door in front of my face.Berlagak.

Hai mana la tempat yang nyaman panas panas ni...Si Pong pun tak nampak rupa.Tghhari tadi masa cikson beri makan dia cikson nampak keluar dari bawah papan tepi pagar.

Anak jom kita pindah situ.
Nina gonggong sibongsu dulu.Amboi budak ni dah berat benau.Menjerit dia tak mau digonggong.Bila nina letak dia atas tanah,susup sasap dia lari kebawah lori.

Rindu nina kat no.7.Kat sana lebih nyaman.

mamason dah tangkap gambar guna samsung cikten...tapi bila nak upload gambar tak ada extension la pula.

nina yg tak sempat bersandaq


Those darn cats....anak2 ninasandaq

Ninasandaq sejak berpindah ke RBL dah 2 kali melahirkan.Batch pertama hanya tinggal Pong.Bu dan Tam dah tiada.

Pong
Kali kedua nina beranak dalam lori.Dan sampai sekarang dia dan anak anak2 masih buat lori itu rumah mereka.Elok la tu...RBL dah tak membenarkan keluarga berkaki empat bermalam.Kalau bersiang boleh lagi dibenarkan.Bukan apa takut sofa dan kerusi makan jadi cakaran mereka.

Coming back to anak anak baru nina....
She gave birth to 4 healthy babies.Tapi sekarang nampak budak2 tu kurus saja.Keding tapi cergas.Tayar terpakai atas lori tu jadi tempat mereka bermain dan tidur.Akibatnya yang berwarna putih jadi kelabu.Yang hitam lagi hitam.Berdebu.
Siang hari mereka turun bersantai atas simen bawah lori.Berkejaran sesama mereka.Dan bila mereka nak berehat dan tidur pandai pula panjat lori..

Sesekali terdengar suara garang nina.Dan bila cikson keluar ,sekor kucing jiran sebelah tergesa gesa panjat tembok .Nina apa lagi...kejar kucing tu ajak bergaduh.

Sejak beranak baru cikson tengok ninasandaq kuat bergaduh.'Makcik' sebelah rumah yg pakai loceng tong teng tong teng pun dikejarnya.Anak makcik yg cikson panggil mummy pun dia marah.She's very protective.

arch rival ninasandaq...

Bila dia dapat ikan bising mulut dia berbunyi.Ikan digonggong dari belakang rumah utk anak anak .
Walau panas kaki memijak simen,tetap dia harungi.Terjelir lidah dia bila sampai kelaman depan.
Tentu rasa gembira tak terkata bila lihat anak anak berebut makan.Walau dia pun belum terisi perutnya.

Tercari cari gambar anak anak kecil nina...la belum tangkap lagi.Capai camera tapi anak anak nina kat mana? Tak nampak pula mereka ditempat biasa.Si Pong pun tak nampak rupa walau namanya diseru seru.Hanya se kawan ayam yang datang berlari lari bila cikson buka pintu.

Pong Pong where are you?


Monday, February 23, 2015

From school to school 2...SK Tunku Malek

After passing the Special Malay Class Entrance exam,I continued my study in a school which is quite a distance away from my home.
So come that auspicious first day ,I was enrolled in Sekolah Rendah Tunku Maleh,Kilang Lama.
Maka bermulalah kehidupan seorang budak perempuan yg terpinga pinga dalam kelas.The teachers spoke English in all the subjects.And the school uniform too was different.In the all girls school in Kulim,her attire was baju kedah and kain pasang.But starting today ,she got to wear a pinafore.At that time ,each school sported different school uniform,Jadi bila orang tengok uniform orang tahulah sekolah mana budak tu..
Haha..disekolah lama semua pelajar perempuan.Tapi berlainan disekolah baru.Bercampur campur .Tapi semua murid Melayu.Ya la Special Malaylah katakan.Entah apa specialnya pun tak tahu makcik.Hanya tak perlu bayar yuran bulanan.Yuran tahunan masih kena.3 ringgit kot kalau tak salah.Itu pun macam 30 ringgit tau.Buku teks kena beli sendiri.Tak merasalah beli buku baru.Setiap tahun hand me down.

Where is the second primary school you might ask..Sekolah Tunku Malek letaknya bersebelahan SBS..Sultan Badlishah School which was to become my secondary school.Hebat tau sekolah tu.Mcm premier school la ni.

I didnt remember much about SK Tunku Malek.From year 4 to year six. My teachers were from all races.Ada Cina,India dan Melayu.A few names that still rang a bell was miss Ng, Kat rumah dia cikson tak sengaja melanggar tong cat....Miss Wong sangat cikson ingati sbb dia baik dan suka bawa kami belajar luar kelas.Satu hari terlopong cikson dengaq dia bercerita ala ala big book.

Masa disekolah inilah cikson mula berminat baca buku cerita.Main sukan cikson kemereh.Masuk syarahan ke nyanyian solo ke tak pernah terpilih.Darah gemuruh kuat sangat.Sekali dua ada juga terpilih main traingle masa persembahan.Juga menari simple simple hari penyampaian hadiah.

Yg cikson ingat,cikson selalu dipuji tulisan cantik,lukisan cantik dan bahasa Inggeris terror..Yg lain lain tak ada apa apa..just plain jane.Tapi cikson rasa worse still than plain jane.Cikson pendiam sangat disekolah...Setiap masa dgn buku .


Sunday, February 22, 2015

Kabar dari Perlis...bila anak menantu dtg bertamu..

Cuti panjang CNY menyaksikan RBL dan RTS dikunjungi anak dan cucu serta menantu.In other words RBL ie rumah kaklin diziarahi cikten and cikwan .Dan RTS ie rumah tok dan wan saad dikunjungi anak,menantu serta menantu cucu..Confusing and misleading? Lets simplify.
Paknjang dan maknjang balik bersama anak anak serta pengantin baru.

So...sibuklah mak mak menakan diPerlis masak masak utk menjamu.Hari CNY day itself 3 jamuan dirumah berbeza.
Mula dgn makan tgh hari di rumah paklang.Dijamu nasi ayam,puding,icecream and tapai.Selamat budget tgh hari.
Mai ke petang makndak jamu laksa pula.2 pinggan cikson tibai.And her laksa reminds me of Pak Harun yg menjaja laksa di JPL dgn mengandar buyung...
Malamnya makcik pula menjemput makan mee soup.Disbbkan cikli tak berapa sihat dan cikten baru sampai,hajat nak makan mee soup tidak tercapai.

The next day cikson masak gulai ikan dan malamnya ke Kuala Perlis .Ikan bakar jadi habuan.
Paginya sebelanga bihun digoreng.

Buah cermai yg bergantungan di dahan menarik perhatian cikson.Sdp ni kalau dibuat pincuk.
Banyak nya buah cermai tu...cikson membuka kata.Besoknya TS bawa segayung buah yang baru dipetik.Cermai jeruk cabai melaka serta asam boi siap sebalang.Buah tu cikson ketuk ketuk dgn lesung batu.Campur gula,garam,hirisan cili serta asam boi.Masuk dalam petiais.Harini dia dah sebati.
Makan sebiji nak lagi.Utk yg minat masam masam ,enak saja ditelan.
Bila cikten nak pulang ke KL tadi,bekal tgh hari dah siap pagi pagi lagi.Biasa biasa saja.Nasi marjerin berkunyit.Dan lauknya telor rebus.kentang rebus,udang goreng,ayam goreng dan kuah cili...Missing is ikan bilis goreng dan kangkung celur.Inilah makanan kami dulu dulu bila berjalan semasa lebuhraya belum dibina.
Kalau ada dalca daging lagi best.Terbayang kacang parpu.

Hmm..thats all anak anak.Suasana di RBL di CNY.
Tapi gambar sekeping pun tak ada..

Kabar dari Perlis...yang kering dan yang garing

Pagi pagi lagi dah panas berdehang.Rimas.
Dan rumah yang tidak diteduhi pokok mendapat direct sun light.Kalau ditempek roti nan di dinding ,mau masak garing dia...cikson buat hipotesis.Dinding rumah mengadap matahari naik terasa panas sekali bila disentuh..
So what to do...aircon dihidupkan utk menyaman udara.Bila bil mai baru terkapa kapa. .

Tapi angin bertiup kencang.Berdentum dentam daun pintu ditolak.Liuk lentuk dahan di pokok.

Sehari dua lepas ,sawah didepan dibakar orang.Terkejut cikson .Dan petang tadi bila pintu di buka , semua nampak kelabu.Berjerebu. Meninjau dihujung pandangan,nampak api menjulang.Asap berkepul kepul seakan serombong kapal dilautan.
Minta simpang malaikat 44,api tak terkawal.Kejadian di US dan Australia membayang dikepala.

Satu kejadian hari kelmarin...
Anak beranak bersiap rapi ke rumah kenduri.Kawan cikten yg masa sekolah dulu rajin ke rumah.Cikli,cikson ,cikten dan orang baru teruja makan kenduri.Bila sampai tempat dituju,cikli rasa sebu.
Tak payahlah kita ke situ...cikson ajak cikli tunggu sehingga anak menantu jumpa pengantin,Seperti biasa cikli jangan cuba pujuk dia.Sbb kemahuan dia usah disanggah.Berpinpin berpapah kaki dilangkah.
Nasi diceduk,lauk ditambah.Sedap nya masakan bila dijamah.Tiba cikli rasa nak rebah.Mau keluar semula apa yang ditelan...adoi ni dah susah.Mujur meja kami di hujung sekali.Apa yg berlaku sedikit saja rasanya orang yang nampak.Kesian mereka.
Berhenti makan kami anak beranak.Pimpin cikli balik ke rumah walau perut belum diisi sepenuhnya>Dan lauk kenduri sedap tak terkira.Cikson juga tak kesempatan berjumpa pengantin dan tuan rumah.
Itulah kejadian suatu hari yang kering .Cikli jatuh gering...

Malamnya cikli buat permintaan...nak makan kentang putar ,Juga pizza yang garing.

Berita dari MMD...cuaca panas kering ini akan berterusan hingga April...Suhu 36 C .

Saturday, February 21, 2015

Kabar dari Perlis....bila cuti

Perlis,a sleepy hollow burst to its seams come public holidays.Be it CNY,school hols or any other holidays.You name it ,you got it.
So it was no surprise when in Kangar 'town' you come across people that u have not bumped into before.You came across car plates from outside the states more often than home grown.
It was the same scenario last night.As usual when the children from out of states came home,Mona di Koma is our haunt for ikan bakaq.Phew....cars,buses lined the side of the road stretching from the jetty until a few km away.
Hah....tentu ramai oghang kat Mona,I said.True enough,when we reached there,most of the seats were taken.
So mulalah episode menunggu.Nak marah pun tak kena.
Tentu depa lengoh tangan dok kipas ikan...
It was then when I noticed a familiar face which I had not seen ions ago.
My work mate when I was teaching in the first school was as fit as a fiddle though she has pensioned a 15 years or so ago.Apa rahsia dia.Malu I.
Our dinner for the day included Pak Teh and Mak Teh from SP along with their lovable grandchildren.
Habis licin pinggan.Yang tinggal hanya tulang dan kulit saja.Tu pun kalau bawa ninasandaq tentu tulang pun tak tinggal.
Going home,we took the road to the jetty.Havoc and happening sampai kepala naik pening.
Kesian kuda tu kena latu.Cikten observed.Seeing the horses made to carry people along the hard tarmac road was a pitiful sight.Tentu sakit kaki depa.
Mau senget Pulau Langkawi kalau lagu ni....I quipped.Hundreds if not thousands of cars lined up the streets,parked in every compound available.I visualised people and holiday makers in Langkawi.Rimas bila sesak sesak.
Well....over in Padang Besar pun is the same scenario.
Awat tak tau oghang suka sangat pi belanja kat sana.Bukan murah pun.Duit kita bile jatuh,harga barang naik .
Oghang pi beli barang nak kahwin la tu....

Thanks Aten and hubby for the lovely dinner...

Friday, February 20, 2015

Tak de maknenye...

Lepas Subuh ,on tv. Ustaz  bersiaran.Topiknya...tak tahu tapi intipatinya adalah bab hutang piutang.
Satu yg dapat cikson simpulkan..nak hidup senang,tenang,,,,jgn berhutang!

Kalau utk brg yg tak akan kita dapat kalau tak berhutang...ie yg sangat2 perlu..spt rumah,kereta lainlah halnya.Tapi biaqlah berpada.Jangan sampai cukup bulan telan ayaq lioq saja.Dah duit tak cukup nak beli kopi dgn gula.

Yg berhutang utk benda remeh temeh tu apa faedahnya.Kalau tak pakai tuduung beropol 4,5 tingkat jatuh ka mertabat kita.
Peti tv tu masih elok lagi gambarnya.Tak jadi kelabu pun gambarnya atau sengau suaranya.Lepas tu kenapa teringin sangat nak tukar? Oh..sebab remote dia rosak...Kata ustaz kazim ,ambik buluh buat remote...haha lawak.

Teringat cikson polemik nak beli tv baru masa baru masuk RBL.Tv yg dikategorikan dah tak baik tu masih lagi berkhidmat sampai sekarang.Betul pun kata mama....

Tak de maknenye kan berhutang pada bende bende yg tak perlu.Hidup kita dah tentulah tak menentu.Hidup org keliling kita pun sama pula terganggu.

Sama sama kita ikuti kuliah subuh ustaz Kazim Elias .Banyak pengajaran disitu.
Satu yg kami nampak bila ustaz berbicara,walau dalam sindiran dia,kita dapat terima.Audiens ceria tak tutup mata.Semalam masa forum perdana, kesian pakcik dok tersengguk lena....
Biaq balik tidok kat rumah saja.

Thursday, February 19, 2015

DIY...roda & bunga,cantik gabungannya

Lihat keliling RBL....hmmm masih macam dulu.
Tanah masih berbatu
Pokok bergantungan dah menjadi layu
Apa kudrat ku...

Tangan panas nak berkebun gitu
Tanamlah apa pun tak pernah menjadi...itu rumusan aku.

Tapi bila lihat FB
Idea idea datang kembali
Apa kata kita buat macam ini..

Add caption

 Idea dan cara buatnya ada di web page ini



Tuesday, February 17, 2015

Those darn cats....dah pandai ngorat ya.

Jalannya rengkat...meaning she limps when she walks.Tapi dia tembam dan bulat.Matanya pun bulat .Tajam bila merenung kita.





Minatnya bermain di tempat bakar sampah.She does her daily chores there.Sekali tu mujur cikson terlihat dia bersantai di kawasan yang baru saja padam apinya.Masa tu kaki dia belum sembuh sepenuhnya.Cepat cepat cikson angkat dan letak dia di tempa yang selamat.Nasib.Kalau tidak dah jadi kucing panggang.
Kegemaran mengendap burung yang hinggap dipagar masih diteruskan.Tak bergerak dia bila ada burung burung yang bertenggek disitu.Mengendap ayam pun masih terus dilakukan.Satu pagi jenuh cikson keloi namanya bila dia tiada dikawasan rumah.Haa...dalam pagar ayam dia bermain Share nasi mereka.Ayam ayam tu pun dah anggap dia sbg kawan agaknya.Relax saja.
Bila ada kesempatan dia menerobos masuk kedalam rumah esp bila hari panas.Selamba saja dia merengkok dibawah kaki cikson.Sesekali menggigit jari.Tapi dia species yg lemah lembut.Apa yang dilakukan lembut semua.Suaranya pun lembut saja....
Kegemaran mutakhir dia buat cikson sedikit cemas.Lihat dia bersantai guling garak atas tiang batu pagar rumah buat cikson khuatir.Besi besi pagar tu runcing....hmmmm minta simpang malaikat 44.So bila nampak dia disitu cikson cepat cepat tarik dia turun.
Hey! Bahaya tau atas tu...jerit cikson satu petang.
Neighbour yang sedang membersih kawasan menyahut
Tak adalah... dok cabut rumput ni...


Sebenarnya misstampong ni dah akhil baliqh...dah pandai ngorat rupanya.Nampaknya tak lama lagi sambut cucu lah cikson.


Haha....


ntah apa tak kena dgn blogger ni...tak boleh letak gambar la pula.Adoooi ya,

Monday, February 16, 2015

From school to school....my primary education.

I went to primary one in 1959....wooit lama benaq no.Zaman dinosouraus gitu Zaman tu kereta lembu masih orang guna..Tv tak dak lagi,ayaq paip pun .McD or KFC pun dalam mimpi.
Masa hari pertama ,orang yang hantar cikson ialah tok angkat.Muaalaf Cina. TT or ba tak dapat hantar sbb mak mungkin dalam pantang dan ba out station.
Pagi pagi lagi budak hingusan berumur 7 tahun mandi di perigi dan berpakaian.Uniform disarung .Kain pasang warna biru dan baju kedah warna putih.Masa orang lain ada mak atau bapa cikson ada tok...tok tumpang pula tu.Kalau tak salah ada 1 kelas utk tahun satu dan cikgu thn satu lupa pula namanya.Cikgu besar cikgu Bee.Masa tahun tiga cikgu Tom ajar cikson.
Disinilah cikson belajar ABC,Alif ba ta.
Masuk tahun tiga cikson ambil periksa sama dgn murid tahun 4 dan 5.Special Malay Class Entree.
Dan cikson termasuk dalam 5 orang murid tahun 3 yg lulus!
Maka bermulalah cerita baru dalam hidup seorang anak perempuan dari JPL....Jalan Pondok Labu yang tak pernah tengok pun labunya...hehe.
By the way ...the ist school yang cikson kenali ialah
SEKOLAH PEREMPUAN KULIM.....weiiii ada lagi ke sekolah tu.Rasa mcm dah jadi sejarah.Letaknya tepi panggung Cathay .


Dan dari sekolah itulah seorang anak yg tak ada apa apa cuba mencari sesuatu .Sesuatu yg dipanggil ilmu.


Kunjungan saudara cikli yg juga terlibat dalam pendidikan membawa kembali nostalgia dulu dulu.Itu yg terkenang akan sekolah pertamaku.


Sekolah papan separuh batu tengah pekan.....

Sunday, February 15, 2015

Whatever

Kunjungan suami isteri saudara cikli semalam struck a chord on my mind....
Bahagia mereka.Sama sama pencen .Sama sama pusing dunia.


Dapat penyata bil letrik buat cikson ternganga
Dari 50 ringgit naik 94.00....air con punya bahana
Nak sejuk kenalah fork out the money to pay billnya.


Hooih...Inggeris,Latina,Korea.cina,melayu,india semua dapat
Bila nak bayar baru tau nak melompat


Bila lihat duit mengalir tak tentu arah
Mau hati sejuk jadi marah


Masa zaman dudulu kala
Hidup serba serbi sederhana
Yg tak mampu kita ikat selera


Dulu chettiar...habis tergadai harta benda
Sekarang along bukan saudara kandung ditakuti semua
Org lain berhutang orang lain teraniaya


Whatever....
Hidup bukan menongkat dunia
Mati nanti padamlah cerita fana.
Disana juga yg kekal selamanya.


So tak perlu terlalu gundah gulana
Relaxxxxxxxxxxxxxxx....itu saja.


Whatever.



Saturday, February 14, 2015

Whataweek 4...from Kangaq to KL and back.

Musim kering,panas berangin ni buat kepala pusing pusing....
I was going thru the check point before entering the boarding area that I felt a little tad dizzy.
Hei...janganlah...Biaqlah sampai rumah dulu.
I sat on the bench amidst the crowd of passengers waiting to board.
When the announcement for Alor Setar Firefly was made I edged my way past the crew and soon found myself seated in the seat...only to stand for the other passenger to get in.


The journey was uneventful dan kakak gelang emas berbungkal tarik shawl,lilit badan dan tidur..
So did I.


Soon the plane landed safely and after getting my bag I headed for the taxi booth.Paid 70 ringgit and was whisked in a taxi straight to Kangar.
This is the second time I came home without informing cikli.Tapi the first time around one of the children let the cat out of the bag too soon.So no surprise.


I pushed the door which was unsecured.Cikli was nowhere in his room or in the living room.
Oii dalam bilik air rupanya...hehe
So as he opened the door I gave one loud TADAAA.
He was caught with surprise.


La balik buat apa?  ewah. Macam seronok pula mem dia tak ada rumah.
So everyone was surprise.


Mujuq cikson balik sbb esoknya cikli kena buat ultrasound.Dan kaki pula luka kena bara......


Kadang kadang fikir balik ....dah jadi superwoman cikson la ni.
Harini kat Kangar ,sibuk urus rumahtangga.Esok kat Seri Kembangan tolong mengemas barang utk pindah.Lusa kat OUG tolong angkat barang,susun barang ,gantung curtain..Lusa balik Kangar teman cikli pi hospital.


Mama is one strong woman...said one of the children.
Dia la tu...entah entah dia pi dulu...



Whataweek 3...the movers from hell



I was there when the children moved houses.
Early that Saturday morning and late the other night, the able bodied sangatlah persons took to the task of packing up.Me and two daughters.The sonny bonny has already moved to the new address.


At after ten,the lorry arrived together with aten and hubby.
Hmmm...this is where the troubles started.
It was first agreed that the lorry would be a 2 tonner.Yelah barang bukan banyak mana pun.
But look what they sent us. 2 and half time that capacity at 2 and half times the price without any prior notice.
Dari 350 jadi 850 ringgit.Dari 2 tan jadi lima tan.Betul betul lidah berbelit.
Dah barang ada atas lori terpaksalah terima walau hanya lima puloh ringgit dikurangkan.


Oklah....tak pa lagi.Mungkin benar juga 2 tan lori kecil sangat.


Maka bermulah perjalanan dari SK ke OUG.Mula mula cikten tunjuk jalan.Maka seharusnya dia didepan.Alih alih ditengah jalan makcik tengok drebar lori tu potong kereta susup sasap .Berdesup dia bawa.Jenuh kami kejar.Dia corner kami corner.Dia belok kanan dekat no kanan sign kami ikut juga.
Sikit lagi sangat kereta kami nyaris dihentam kereta lain....


Last sekali kami tersekat di traffik lights.Hanya kakina saja yang dapat mengikut dia.Dan bila kami sampai ditemapt yg dituju,lori dan kelisa tak nampak bayang.Kami terima sms dari ina yg lori dan dia tersesat....
Macam macam terbayang dalam otak makcik.Dah la depa ni terkenal dgn mcm mcm hal.
Lama juga kami tunggu ten dan suami pergi cari mereka.Dahlah tempat baru bagi kami semua.


Alhamdulilah akhirnya lori itu memasukki kawasan apartment.


Hullo...you pi mana? Awat you bawa deras sangat.You tau kami nyaris accident tadi....were some of the complaints that makcik put across.
Kata tau tempat!


Setelah barang selama memasuki condo,upah dibayar baru makcik rasa lega.
Lain kali jgn lagi berurusan dgn bangsa ni....serik!
Dan serik sangat sangat bila lihat sofa jadi bedanok,almari bergaris....


Weiii ane...you are movers from hell indeed.

Whataweek 2....the journey (updated)

Being a longer than usual weekend,the children of RBL except one were able to stay longer.Then came the day when they have to bade gudbye. The adorable young couple were sent to the airpport and msina to the bus stand.
Kaklong from Pahang who drove back had mama for company on her way back.She could manage on her own but mama insisted on a company.Manalah tau pening demam on that 500 km journey.Ada juga peneman buat berbual kalau mengantuk.Lagi pun dari dulu dulu lagi,keluarga ciklicikson tak pernah lagi biar anak anak balik sendirian kalau memandu.Keluarga lain tak taulah...Selagi ada upaya.

So off to KL we went .stopping at SP to visit my ailing mother.What I got and gave back was a shocking revelation that penned up emotions could go haywire.I was told to stand up for me myself and stood up I did.Things that I had not done for years got the better of me.And all hell were let loose.So sorry for that.

We continued our journey soon after.....
The journey along the Utara Selatan Plus Hiway was uneventful.It was a chitachat session between the driver and the passenger.Nothing much.
By the way...how come we miss the Bukit Gantang R&R. And the one stop we made was at Tapah and mum got to tuck in her fav croissant .

Itulah secebis dari kejadian sepanjang perjalanan.
Reaching SK my already tired limbs were forced to climb up to the fifth floor of the apartment for the last time.
Tomorrow was another story.

Friday, February 13, 2015

Terasa Kehilangan

Tak perlu kata kata
Apa terjadi sekeliling kita
Rencana Allah jua





TGNA tiada ada gantinya
DHA akan dirindui suaranya



Ya ...terasa kehilangan mereka.