Monday, January 19, 2015

Selamat pagi cikdu....kesian mereka.

Sepanjang berkerjaya sbg  guru banyak yg makcikson lalui.Suka duka .Sedih lara .Juga feel anak anak yang beranika.
Ada yg biasa biasa.Ada yg highly motivated.Namun yg kesian ada yg luar biasa.

Sekarang ni tv tiga sdg membincangkan sindrom esperger. Salah satu aspek autism.
If my remembrance is right...guru guru ada di beri penerangan/pencerahan ttg autism dan bagaimana menguruskannya.

Kadang kadang terfikir kenapa anak yg satu tu tak boleh duduk diam.Perangainya boleh buat  jantung guru terhenti..Dan kelas jadi aman bila diregister sekolah ditulis O pada namanya.Bila tempat duduknya tak diisi.

Letak saja dia kat sudut.
Buat tak tahu sudaaah....Jangan dilayan.

Maka hanyutlah anak itu dalam dunianya.Kesian dia.

Dalam ramai ramai teringat ttg dia yg suka bertempik secara tiba tiba.Mau kaput kelas yg diajar.Mau semput iman didada.
Dalam ramai ramai teringat sidia yg memeningkan guru kerana tidak diamnya dia walau seketika.
Dan dalam ramai ramai teringat akan sidia yg detail sungguh lukisan jentera pemotong padi walau ABC pun dia tak kenal lagi.

Oh ya rupanya Susan Boyle pun autistik rupanya.
Dan banyak lagi orang terkenal yg dikagumi bakat mereka punya sindrom ini.

Sat sat.... terfikir aku ttg seorang yg hanya tahu menyakiti dari kecil sampai tua tua ni adakah dia juga mengalami penyakit ini....?

Cikgu cikgu ,dekatilah mereka yg punya kelainan ini.Cari kelebihan yg mereka ada.

Terkesan mendengar lagu Romantica ....meremang bulu roma..Edry makcik salute kamu kerana memperkenalkan Caliph Baskers kpd kami.

Adik Aina Amanda juga menyentuh hati.


Makngah rasa nak balik peluk seseorang.





2 comments:

  1. Anak saya kurang bercakap waktu kecil
    Tapi gemar melukis dan membentuk figure dari plastersin atau gula2 getah..
    Masing2 dgn keistimewaan sendiri..

    ReplyDelete
  2. Salam Makcikson.
    Sewaktu saya ke gym, saya lihat seorang remaja segak, bertubuh athlete disebelah saya ligat melakukan angkatan. Dia senyum dan saya juga senyum pada dia. Tiba-tiba saja dia menjerit tapi suaranya pendek. Hanya suara terlontar nyaring untuk 1-2 saat. Seperti sewaktu bercakap tetapi tiba-tiba didalam nada atau sambungan ayatnya, tiba-tiba suara jadi nyaring. Saya ingin bertanya tetapi tak berani kerana beliau kelihatan sangat normal. Ingin saya google dan cari tetapi saya tak tahu pulak apa nama penyakitnya....

    ReplyDelete