Thursday, July 3, 2014

Chiauw with chon....gulai ikan kering

googled picture
Its 5 days of puasa.Cepatnya.
Tentu dah beraneka lauk pauk dimasak dan dihidang utk berbuka dan bersahur ya...

Hari ni dalam DIY cikson nak turunkan resepi masak gulai ikan kering dengan nenas simple mimple.Chiauw.Siap!

Tulang ikan kering talang 5,6 keping / semangkuk
Nenas...potong ikut suka...preferably keping keping..
Satu kotak santan kelapa cap ayam.
Bawang putih + bawang merah + daun kari utk tumis
1 labu Bawang besar + 3 ulas bawang putih di kisar halus
Rempah serbuk kari ikan 1 1/2 bungkus ( kecil)
serbuk kunyit secamca

Cara caranya.
Basuh tulang ikan kering...rendam seketika ( lebih lama kalau termasin)
gaul rempah gulai,bawang kisar,serbuk kunyit.Masak hingga hilang bau dengan air secawan.
masukkan tulang ikan kering dan nenas.Ratakan.
Masukkan santan yang dah dicairkan dengan air.Jangan terlalu pekat atau cair.
Biar hingga mendidih.
Angkat.
Tumis hirisan bawang dan daun kari hingga kuning dengan minyak ( suku atau setengah cawan ...ikut suka.
Curahkan minyak panas dalam gulai....Siap!

Makan dengan nasi panas,sambal belacan
Mak mentua lalu pun tak perasan...hehe.


4 comments:

  1. Cikson, kita nak try yang sudah siap boleh? Kita malas nak baca resepi.

    Kahahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      sayang cik duduk jauh.kalau dekat boleh bagi sepinggan.

      Delete
  2. Assalam,

    hihihihi walaupun tak dak gambaq, kecur juga dengan menu utara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie,
      cikson juga gemar tengok masakan nanie,
      oghang utagha kalau tak dak kari tak boleh dok....

      Delete