Wednesday, June 18, 2014

Bila membeli.....loud and clear ada gunanya.

Posting ni cikson tulis bukan nak cerita bab beli belah.Macaaamlah banyak duit berkepuk kepuk .Sana tunjuk sini tunjuk dapat barang yang dihajati.Tak payah dok garu kepala mana duit nak membayarnya nanti..Alih alih terjun tangga lari malam tak cukup kaki....haha gelihati..

Bermula cerita... petiais,aisbok punya cerita.
Kerana petiais no.7 dah jadi arkib negara,ciklin terpaksa cari penggantinya.Cari punya cari disatu kedai di Arau bandar diraja kami terjumpa..katapun shopping hari Ahad.Banyak kedai tutup.Jenama Sharpppp cikli pilih warna kelabu taik anjing.Harga nya tak lah mahal sangat atau murah ....just padanlah dengan dompetnya.
So satu petang,barang dihantar.Dipikul oleh siabang badang.4jam seperti dipesan baru petiais dionkan...oh no..exactly its the next day.So ample time lah segala aneka gas atau kimia settle dalamnya.

Gdeeek gdekkk....bingit bunyinya.
Cikli terus talipon kedai.Biasalah cikli kalau tak tinggi suara.
Terdengar cikson dia bertekak dengan kerani kedai kerana dah malam baru nak panggil bertanya kabar.
Tu dia....agaknya mau gigil girl tu dengar suara cikli macam halilintar.

Akhirnya petiais berbunyi diambil balik.Yang baru ditukar ganti.Baru senang hati.

Kali ni bila dibuka tak berbunyi dan hangatnya taklah sampai terbakar jari.

So anak anak...bila membeli biar jadi cikli.Tapi janganlah budi bahasa budaya kita ditolak ketepi...

....cikson.

hai ...adakala hal bukan hal kita ..tapi kerana kita berada disitu dan masa itu,kita kena bersoal jawab..aduhai tak pasai pasai saja..will tell later...bye.

4 comments:

  1. Replies
    1. yang mula depa hantaq KO..tapi yang replacement OK.Mujuq abah bising....

      Delete
  2. Elok jugak ada orang macam cikli, klu harap kat orang2 yg lemah lembut entah2 depa tak ganti petiais tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,
      betul tu.Kali ni cikson sokong cikli jadi loud and clear.Kalau tidak ....harap cikson dok macam tu lah saja.Tak reti nak be forceful..

      Delete