Kalau begini rasa hati seorang aku,tentu lebih berjuta kali mereka yang terlibat secara langsung.Rasa malas nak buat kerja,rasa malas nak tersenyum.Semacam ada seketul batu berada didalam hati Menekan setiap sudut.....
Setiap pagi selepas subuh,aku membaca berita,forum dalam bahasa dan juga Bahasa Inggeris.Andai ku tahu Mandarin....
hari ini hari ke enam.Ya Allah percepatkanlah ,permudahkanlah kami dalam pencarian MH370 ini.
Dan dalam banyak banyak personaliti,seseorang menteri pada pandangan mataku menyerlah semasa menghadapi sidang media atau PC .Bukan mudah nak handle pertanyaan bertubi tubi dari wartawan yang bersedia untuk melondeh,meratah hidup hidup kenyataan yang diperkatakan.Aku nampak banyak pulas dan pusing.Semalam...PC semalam dia nampak yakin,ada karisma.Kalau sebelumnya air muka dia nampak kegugupan dan aku sendiri pun rasa dia emsional dan kurang berkeyakinan.Semalam ,he did what he should do.Stand tall.
Masih terbayang seorang VVVVIP yang menghadapi PC berubah warna wajah bila disoal,gerak badan jadi persoalan.Anda tahu siapa dia,sidang PC yang mana...kalaulah dia yang diajukan soalan ..dibombard dengan pertanyaan...yakinkan dapat dia menegakkan Malaysia dimata dunia...I doubt.Dapat dibayangkan mukanya yang berubah merah...mulut merah....
Pandailah aku nak membahaskan soal ini.Kalau aku pun tentu dah terkench....
Masa dalam jawatan,jumpa pengarah pun dah dup dap dup dap...entah apa lah yang tak kena kali ini dengan sekolah yang aku pimpin.
Bila mesyuarat PIBG...hati sekali dup dap dup dap...apalah isu yang akan ditimbulkan dalam mesyuarat nanti.Silap silap melayang kerusi ...Ya ampun...
So siapalah kita nak baut macam macam komen dalam forum,dalam fb dan segala sosial media.
But... they are the chosen ones....Serlahkan kepimpinan mu.Dunia sedang melihat kita.
Betullah makcik. Setiap kali ada PC, setiap pegawai yg terbabit menjawab memang nampak akan nervous dan ketarnya. Takut salah jawab. Berat tanggungjawab tu. Kesian kan...
ReplyDeleteAzie,
DeleteKesian kat depa..tapi tu tgjawab maka kenalah tanggung utk menjawab.
Tgk CNN tadi lepas PC...amboi bukan main lagi depa kritik.Lebih lagi reporter tu..