Monday, March 31, 2014

kembara warga tua...jom pusing dunia naik shamisha

Check out dari Lexis lebih kurang jam 12.00 tgh hari.Kalau nak extend kena bayar 38.00 sejam....hehe tak mau ,tak mau menambah kaya tuan punya hotel.Dah la one night pun @ 700....ceretberet poket nanti.

Selepas highway PD,jalan terhenjot henjot dengan banyaknya kenderaan.Berhenti kejap dekat R&R Seremban utk majlis selamat tinggal dengan ciklin dan cikna.After that masing masing exit lain lain jalan.
Sampai Stesen Duta around 2.00.Di ticketing booth bas yang available hanyalah Shamisha...at 3.30 pm.

Maka bermulalah perjalanan kami selepas 1 jam menunggu.Jam 4.30 baru bas bergerak meninggalkan Duta selepas kerusi kerusi dipenuhi.Terdahulu ramai penumpang gopoh gapah capai beg dan luggage kerana bas ini tidak ke destinasi mereka.Juga kesian dua beradik yang lama menunggu.


menuju ibukota
Riang rasanya bila bas bergerak lancar walhal arah selatan tersemput semput kerana trafik amat heavy menuju ibukota.Rasanya nak capai seminit dua tidur....hampa dan tinggal harapan dari mula bas bergerak hingga pasangan itu turun di Sg Petani.Rasa nya kalaulah perkataan yang bersimpul simpul itu jadi benang,lemas semua penumpang dengan perkataan mereka.Tersimpul dalam belitan....hehe.

Aiya.....amak....itulah saja yang makcik faham.Dan kerana seat suami isteri tu hanya dibelakang kami...mau saja makcik tempek.....DIAMMMM.....dahlah tone tinggi,mereka tak berhenti sesaaat pun dari beraru gerek.Cakap talipon pun boleh didengari satu bas....hai...tension betul.

Menaiki Shamisha ,dengan perjalanan 8-9 hours ,masuk kampung keluar kampung amat memenatkan.
Entah berapa kali tukar penumpang.Entah berapa kali keluar highway masuk highway akhirnya kami sampai di Kangar @ 12.00.

All in all ciklicikson berkelana 12 jam dari PD ke Kangar..Syukur alhamdullilah.Selamat sampai dengan disambut ninasandaq,mok dan squirrel.
Dalam news terbaca around 9.00 sebuah bas terbalik dan penumpang cedera parah dekat Jawi, Penang.....


gambar gambar jadi kenangan.......

check out time

bersama menunggu

macam sama saja....orang dan tempayan itu

enter frame


2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Mak aihhh! kejang punggung dok dalam bas lama gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mualaikumsalam anyss,
      haha..betul sangat.Bila jalan rasa macam zombie pun ada selepas 12 jaaaam perjalanan.

      Delete