Bersiaran dari tingkat 3 Prima Magna Kepong tak sama macam bersiaran dari no.7.Keyboard yang extra special ni buat cikson rasa kekok.Tiada gambar gambar yang sedia ada seperti dalam Dell dirumah.Apa sajalah cikson ooi....
Woke up to the call of Subuh .Tidur rumah bujang ni buat sakit tulang temulang cikson yang dah lebih setengah kurun.Anyway...alhamdullilah..syukur nikmat kerana masih boleh menikmati hidup ini seadanya.
Semalam.sepanjang Lebuhraya Utara Selatan,siaran radio hanya MH370.Terbuai rasa sedih mendengar lagu lagu yang menyentuh kalbu.Seakan semua yang berada diatas lebuhraya berada dalam situasi yang sama.Entah berapa kali menyeka titis titis air yang mengalir dipipi.Mana tak sedih andai semua lagu disiarkan lagu lagu selamat tinggal,lagu putus kasih ditengah jalan....adoi. Sensitif nya.Tambah tambah pula bila ada yang berkaian dengan diri sendiri dan mereka yang dikasihi.
Berhenti sejenak di RNR Tapah. Had mee rebus Pak Tam...hmm boleh tahan.Tapi lagi boleh tahan juga harganya.
It will be a long journey this afternoon....Dari transit ini cikson,cikli dan anak anak akan menuju tempat yang pernah cikson kunjungi masa muda muda dulu.Tempat yang menyentuh hati....PD wait for us..
On this borrowed time...2 warga tua berkembara
No comments:
Post a Comment