Petang semalam ciklin bawa cikson jalan jalan.Hari minggu lah kata kan.Dari tingkat 4 ,lepas lohoq ,kami menuju Kuantan.Niat ...nak cari makan.
Setiap kali masuk town cikson rasa dup dap debaran hati.Kenapa makcik ?Kenapa jadi begini?
Tu la sistem jalan sehala yang baru macam ngeri saja bagi orang yang baru lalu.Dulu dulu jalan dua hala..Pi balik boleh guna.....Yang takutnya bila kereta masuk jalan sehala...rasa takut tersalah masuk mula la do terpa.Mau terkapa kapa kalau alpa.( mesti ada dah yang pening bila baca)
Teluk Cempedak |
teluk cempedak @ TC |
Selepas menempuh jalan berliku,TC kami sampai.Park kereta celah celah pokok ru...Ke pantai kami tuju.
TC banyak berubah sejak makcik mai dua tiga empat tahun dulu.Cuti kali ni ini kali ketiga .Tapi yang dua ,tujuan hanya nak cari makan saja.
Menapaklah makcik dicelah ratusan manusia.Ada tua ada muda.Yang berkeluarga,bawa anak anak main main atas pantai.Yang berkaple himpit himpit ,kepit kepit atas pasir,atas kerusi,celah batu mereka bantai.
Yang sibuk berjualan macam macam dagangan yang dijaja.Ada buih buih bila ditiup buat anak anak kecil suka.Sambil tiup sambil ketawa.
Cantik,ceria TC yang ku lihat.
.Semua nampak gembira menghirup udara .Bermain .Bercanda.Tapi dalam dada mungkin ada yang menangis hiba....
kanak kanak bergembira |
dengar mereka ketawa |
Oh damn...how could I forget that fateful day when I held that fateful letter for that fateful someone because of that fate....Ini cerita lama.Tapi adakala dia mai juga kat kepala...
celah celah batu ,mungkin ada cerita di situ |
Tapi bukan di TC cerita itu berlaku...tapi batunya menggamit kenangan lalu...hehe.Jiwang pula aku.
Di TC....jadi pada anakku...kesian dia.Berlaku lebih 6 tahun dulu.Biaq pi la kat depa yang menyebabkan cerita tu berlaku...Tuhan ada.Dia maha tahu.
Maa...kalau ditulis cerita ini ,laku tak
Nanti mama ambil kursus tulis novel.Cerita berlambak...tapi tak tahu macam mana nak karang jadi buku.Mana tahu entah entah boleh famous ,jadi kaya,jadi glamour aku.
belek buku |
ada library kat situ |
juga monyet yang merenung tajam |
cantik pemandangan |
a walk away or walk away |
jgn pandang belakang |
habis cheesecake sepinggan....sedapppp. |
Singgah sebentar di Liliwadi .Makan malam dan tgh hari sekali...Itulah kami.
9 tahun kami menetap disini. Wah! Jauh betul TC berubah .. Ia selalu dikunjungi bersama anak2, jalan2 dan makan2 disini. Rindu pulak bila tengok gambar2 cikgu yg cantik belaka ... Lama lg ka di sana?
ReplyDeleteMuhaini,
ReplyDeleteHari Jumaat ni makcik balik negeri...Banyak perubahan TC dari dulu.Kedai makan ,tempat permaian ada penambahan.Kalaulah Kuala Perlis macamni...seronok la nak pergi.