Sunday, January 19, 2014

The plan...

After subuh,sebelum mentari menyinar,cikson dah siap nak masak bihun goreng.Jarang jarang makcik nak start operasi dapur pagi pagi ni kalau hanya tinggal berdua.
Mama, kalau ada bihun sedap ni....kata seorang.
Pisang ni kalau di goreng ...hmmm terangkat.

Well,begitu lah tokton masa dulu dulu.Ada je makan kalau anak anak buka mulut.Lebih lebih lagi lah kalau ada yang mengidam...tapi kalau menantu lelaki tentu bukan mengidam.
I still remembered when cikli kata teringat pulut kacau tt yang lazat.Next trip,adalah pulut yang menantu dok sebut.And I could vouch that tt cooking is the best pulut kacau....the best kuih kacang,the best baulu and the best kuih bakar...so was her putu kacang.
Tapi sedihnya seorang pun tak mewarisi kepakaran itu....dan rahsia masakan itu lenyap begitu sahaja.

Mama tau,hari tu kami pi makan mee udang...tapi .Well there's a tapi.
Mana nak sama mee mama.....

Jomlah kita buat jual mee...
Ha ah ....apa nak letak branding or jenama or tagline kita...

Mee meletup
Mee warisan turun temurun
Mee tak jumpa mana mana pun satu dunia.

Tengok tu.....kalau anak anak berkumpul macam macam cerita kami hari tu..Tergelak besar makcik.Bergegar satu rumah.

Lepas tu adalah diborakkan cara cara nak jual.Tak perlu kedai atau stall....sekarang kan moden...
Anak  anak kalau idea itu dilontarkan 10 tahun dulu ada lah relevannya.Ni nak bawa badan pun dah tak larat...

Rasanya the plan tinggal the plan la anak anak ooi.

No comments:

Post a Comment