Saturday, January 4, 2014
Cerita pelik disebalik harga barang naik.
Nak gelak ke atau nak teriak...teriak ni orang utara kata nangisla.Bukan lompat bintang sambil tepuk tangan ya anak anak.
The story goes like this.
Masuk 2014...makcik perasan lauk yang dibeli lekat celah gigi saja walau dgn harga sama sebelum tgh malam 31 Dec 2013...
hari tu cikli beli lemak perut dgn apa kebende tu..selaluya dekat 1/2 mangkuk .Makan berdua tak habis boleh dibawa ulang tayang.Tapi bila tahun beralih,tup tup masakan sama harga sama hanya secuit saja.Dua tiga urat...Sekali cikli ngap nampak dasar piring....piring tau..
Dan tgh hari tadi lagi nak tak tau nak kata apa...Kali ni cikli beli sayur ketola masak lemak.Sambil menghulur bungkusan plastik utk transfer dlm pinggan cikli mengomel..
Cekik darah betoi...tak patut tak patut.
Masa nak sauk sayur tu,adik manis kedai tu tanya.Pakcik nak telor atau tidak.Telor tu pun bukan sebiji sebiji yang boleh dikira pun.
Kenapa? suami makcik tanya balik.
Kalau bubuh telor harga dia lain.....laaa lagu tu pula.
lain kali kita beli kuah sudahlah....
Belum pun banyak hari tahun 2014...tapi banyak benar cerita pelik dok dengar ttg harga barang yang melambung lambung melantun lantun..
And my thought goes to the ones who were having a difficult time before 2013.Agaknya bagaimana la agaknya mereka tahun ni.Badan dah tua,anak susun paku....alahai nasib.Cikson yang tinggal berdua dgn cikli pun kena ikat perut lagilah mereka yang punya anak anak kecil bersekolah.Sigh.
Barang dapur dan keperluan asas dah licin...tak boleh tidak kena juga beli.Sebagai langkah berjimat cermat sebelum melangkah keluar kena buat senarai.Selepas baca sedikit sebanyak ideas utk berjimat cermat cikson akan tuju ke in house brand....lebih jimat...Bawa kupon potongan kalau ada.Banding harga sebelum beli...Tuju tempat promosi dan clearance....kalau nasib baik berganda ganda jimat.
Dan pada the quartet in the capital...pesan mama live within your means.Cut down .Trim down.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment