Friday, January 31, 2014

Antara JPL dan BBB...tersentuh sekeping hati


Tidurku dibayangi apa yang ku baca .Tentang kejadian amuk seorang ayah.Tentang  seorang anak yang sepatutnya dibelai dan dimanja,dididik dan dipupuk  oleh seorang yang bernama ayah.Tapi dia sebaliknya  yang menjadi sebabnya kematian ,kesakitan .anak anak yang tak tau apa apa.

Nafas panjang ku hela....

BBB bukan asing pada ku.Begitu juga lokasi tempat kejadian kerana sudah berapa kali kami bertandang ke daerah itu semasa mengunjungi adik disana.Juga semasa anak belajar di Kajang.Bandar Baru Bangi yang ku kenal satu masa dulu tempat yang tenang.Tiada pondok buruk,rumah atap zinc.Fikirku tentulah disini tiada resah gelisah kesempitan hidup seperti daerah Baling dan Ulu Tembeling..

Disebalik rumah rumah hebat itu,mana kita tahu ada hati hati bagai dihiris sembilu.Tengok siling membilang hutang yang membelenggu..Tengok dinding serabut kepala nak cari wang bayar ah long yang dok menjeling.

Di JPL zaman masa hingus ku masih meleleh,ubun ku masih hijau....aku tengok kejadian itu.Hanya syukur tidak sampai nyawa ditebas sekali libas.Syukur berkat doa dan sabar seorang isteri  menjadi tonggak keluarga membentengi anak anak dalam situasi situasi penuh duka..Puncanya kerana siayah tidak bekerja,panas baran dan mungkin juga angkara dengki khianat orang yang tak suka.Ubat pembenci diberi sebagai balas geram yang membara.

Semoga keluarga itu diberi Allah dalam rahmat dan perlindungan sentiasa.

Manusia tak akan berhenti di uijiNya..diukurNya.

Keluarga ku juga berapa kali ujian diberi dalam bentuk hilang kerja,tiada kerja atau berhenti kerja...Yang sudah sudah terbukti kami tabah menghadapinya.Entahlah kalau dihadapan,cabaran yang datang tak dapat kita halang.Lalu kita rebah tersungkur.Hanya doa saja yang dapat ku hulur kerana tangan tua ini dah tak berapa kuat nak menarik dalam lumpur...

Maka banyak banyak bersyukur andai hidup tak pernah diukur.
Add caption

3 comments:

  1. Cikgu..
    Baru saya tahu cikgu biasa dgn BBB.
    Tragis kan? Sebak sungguh bila anak yg patut dilindungi dari bahaya dikhianati keluarga sendiri...
    Semuga anaknya lebih tenang dan bahagia disana.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak
      dah banyak tahun juga tak pi situ sbb adik dah pindah Bukit Mahkota.
      Ya akak...mamason pun tak lelap tidur teringat kisah keluarga ini.Semoga sianak anak serta isteri tabah menghadapi semua ini.
      Alfatihah utk yang pergi.

      Delete
  2. Saya pun tumpang sedih dan tidur dengan airmata dalam hati..ayahnya must have snapped and gone mad disaruk setan.
    Walaupun saya percaya si anak yang tidak berdosa sudah ke Syurga, saya tetap meraung hati dengan apa yang berlaku.
    Yang hidup akan luka zahir dan batin sampai ke akhir hayat..
    Semoga Allah SWT kurniakan pertolongan kepada keluarga mereka..semoga Allah SWT menolong ayahnya dapat hidayah dan petunjuk balik ke jalan yang benar..Ameen.

    ReplyDelete