Ada 3 jemputan...3 saja.Tak banyak pun.Tapi jauh jauh antara satu dgn lain.
bahan bukti rumah kenduri |
tersedak bila hirup ayaq nyok 5 ringgit sebijik |
Mula mula kami mengharung jalan Jitra-Kangar yang tersohor sbb banyaknya traffic lights.Kalau nak pi airport nak naik flight mmg haru...tak laghat tunggu.Kami tak kenal pun tuan rumah tu...hwe hwe hwe. So how come we go..you might ask.
Actually ni rumah pengantin perempuan.Yang jemput pengantin lelaki.....boleh lagu tu.Anak jiran punya anak yang dah lama diluar negara jadi ambassador.
Duduk semeja dengan pasangan yang pernah bermastautin di taman sama....punyalah banyak cerita dia dok tanya..peramah betul kedua dua.Dalam bingit suara pengacara,ciklicikson hangguk hangguk kepala...mcm faham apa yang dicerita..
Tak dapat jumpa pengantin yang dalam perjalanan...ciklicikson mohon diri kerana ada dua lagi kenduri...nun di Penang .
Di Permatang Pasir kami sekali lagi...kenduri sedara mara cikli.Kena nasi sepinggan air secawan badan dah rasa longlai semacam.Jam pun dah hampir empat ,nak pi lagi satu kenduri mungkin tak sempat.Lagi satu cikli blurrrr kat mana tempat...
Nampak warung mee udang sebrang jalan....jom singgah pekena sepinggan..cikson buat cadangan.
Kita tapau sajalah utk makan malam..
4 ekor udang,mee 2 orang makan,nescafe segelas air nyok sebiji .....35 ringgit
Hmmm rasanya.....tak rasa nak makan kali kedua untuk jangka masa yang lama.Tak dapat pun tak apa ...kata cikli sambil menelan kuahnya...
Tahun 2013 hanya tinggal 1,2,3 hari saja
Ada ke lagi kenduri yang ada..
Harap harap tahun 2014 ,kitalah pula jadi tuan rumahnya.Boleh panggil sanak saudara disini sana.Tapi sapa calonnya..
Colan colan nya adalah....ninasandaq,squirrel,mok,ciktam,ciklin cikna cikwen....cikten
Kalau berkenan .....mailah berkira...hehehe..
No comments:
Post a Comment