Sibuk satu malaysia kecoh ttg berita itu.Aku tak terkecuali.Habis semua forum,twitter,blog yang ada aku layari..very keen interest lah katakan.
Haha...terbukti semua itu POYO...kata ku bila sianak yang bernama Izuddin itu ditemui..
Tapi kan...nak tak percaya pun tak boleh juga.Personally aku pernah alami.Personally aku pernah berhadapan dengan situuasi mistik yang tak dapat aku rungkaikan kebenarannya.
Antaranya...berkhayalkah aku mendengar bola disepak berdentung dentang dgn cikgu sekali semasa aku berada di dalam ofisku.Sedangkan masa itu murid murid dah dilepaskan dan cikgu cikgu dah selamat berada dimeja makan .Meriah sungguh macam pesta mereka bermain siap dgn bunyi wisel.Aku keluar bilik utk melihat kemeriahan itu....seram bulu roma bila tak ada satu manusia pun dalam kawasan sekolah itu.Esoknya bila aku tanya cikgu wanita yang suaranya aku dengar dengan jelas dia geleng kepala...Cikgu ,waktu tu saya dah ada dirumah!.
Hmmm....suara siapa yan yang riuh rendah tu...Banyak benar sebenarnya yang aku hadapi disini...
Aku rasa aku tak lah sangat penakut.Nak tidur sorang sorang kat bilik hotel pun no hal..Aku tarik selimut sampai kekepala.Buka tv sampai siang.Buka lampu terang benderang.Komat kamit baca doa sampai terlena.
Tapi satu malam kat Shah Alam aku jadi terlalu takut.Rasa rasa macam ada orang dok perhati....cepat cepat cabut lari.Pi tengok world cup skrin gergasi jam 3 pagi..
Dan lari dari rumah sembunyi dalam reban ayam aku pernah rasa masa kecil...Aku nampak kaki kaki orang orang yang dok cari....tapi rasanya bukan kena sembunyi...tapi lebih pada takut dengan abah ku yang garang berapi.Masa mereka tarik tanganku keluar,depa kata aku dah kena badi.Masa ni aku rasa aku baru 7,8 tahun..degil setengah mati.
haha itulah antara kisah mistri nusantara .Tak percaya?Ikut suka...
Banyak lagi cerita cerita begini yang telah aku lalui.Rumah quarters guru disekolah pertama ku juga ada cerita..Bilik ofis sekolah akhir ku juga kalau anda orang terpilih utk diujinya.
Apa apa pun ,villa nabilla punya angkara,masaku terbuang begitu saja...dok layan cerita mereka..
Nabilla...nama anakku .Sayangku jiwaku.
Buat kami yg duduk dekat ni tahulah rumah kosong yg dah buruk bertahun-tahun. Kakak rasa sejak kakak kecik lagi rumah tu macam itulah.. kosong, buruk, semak. Apa yg kami tahu tempat budak dadah melepak. So fikirkanlah siapa yg pergi sana tu utk apa? tak ada istimewanya... bila anak tak balik dikata hilang - malas kakak nak ulas.
ReplyDeleteMasa kakak duduk asrama dulu pun ada misteri nusantara juga tau hihi... boleh katakan kami pun kuat. Cuma kalau nak ke bilik air kenalah berkawan, tidur pun kelubung sampai kepala:)