Friday, September 20, 2013

ku ingat tikuih.

Dengar tu kelentung kelentang bunyi pinggan didapur.Ingatkan kakti dok menari joget bila ciksquirrel dah keluar,cikson pelan pelan kedapur.Nak tahu,jauhnya dapur dari living room ni kalau apek tong gas hantar gas selalu bersungut....panjangnya rumah...penat dok pikul tong gas ni...without fail that was his fav. speech.

La ....ingat tikuih...mak ropanya.
Tokton ku lihat tak berapa nak sampai tangan menadah air untuk cuci pinggan mangkuk yang dah dilupuskan sisanya...berjengket dia untuk itu.
Mak... tak payahlah....pergilah rehat....

Pinggan tu nanti cek basuh....tua tua bangka ni pun masih bercek dgn mak.hehe.Lagi pun air paip tu share dgn washing machine yang masih dok jalankan tugas.

Having mum with me was indeed a blessing. Kecik tau hati ni bila tokton mulanya tak mahu dtg ke sini..Dah la masa dia sihat .dia jarang kesini kerana keluarga lain lebih memerlukan dia..

Masa yang terluang kami berbual anak beranak...banyak cerita suka duka dia masa kecil ,anak dara juga masa membesarkan kami jadi topik perbualan.Ada lawak,ada lucu...tapi ada juga haru biru...Ingatan dia masih kuat hanya kadang kadang..sedikit celaru.
Satu saja perbezaan... kali ni nampak dia banyak bercerita ttg kewangan.Takut sunggoh dia kalau dia pergi akan menyusahkan orang yang ditinggalkan.Cukupkah wang untuk urusan itu.Bila cikson semak ...aduh ..lebih kaya tokton dari kami...mak ni boleh pi haji 4 kali ni...nak pi london pun dah cukup duduk sebulan.
Bila berkali kali dia asyik dok tanya ttg itu,cikson buat kira kira bentang dekat dia...siap wang masuk keluar supaya dia puas hati...teringat buku besar gedabak masa jadi GB...kalau tak balance boleh hukum mati..haha.

Malam tu,cikson terjaga 3 pagi dan lihat dia siap dgn tuala ditangan.Mak mandi ? Ha dah siang ni....nak sembahyang .
Mak nanti lelah ...jangan mandi malam malam..the other night I saw her breathing heavily bila cucu yang takut toknya kepanasan membuka kipas..

Terimbau kembali nostalgia masa membesarkan anak anak .Tidur lena lena ayam.
Sekarang bila menjaga tokton...tidurku lena lena kucing...mata pejam...telinga bak radar dok berpusing.

10 comments:

  1. Untung masih ada bonda untuk ditaburkan jasa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Tenang hati bila ada mak...hopefully dia senang hati disini.

      Delete
  2. masa ni lah dok cerita2 kat mak ttg hal silam..seronok kan cikgu..beruntung ada mak lagi..pandang wajah dia pun dapat pahala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza,
      bukan senang dia nak mai duduk sini.pilihan ada 2,3 tempat.Harap tu dia selamanya dgn kami..tak payah pindah pindah lagi ..itu pun kalau dia mahu.

      Delete
  3. Orang tua, begitulah. Alangkah beruntung orang yang masih diberi peluang bersama orang tua, menjaga dan menjadi teman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fikir balik.mmg betul...cikson bertuah mak mau duduk sini.... hilang sunyi.

      Delete
  4. kak, you are blessed now having her with you...tiap hari kutip pahala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Alhamdullilah...semoga segala semua dalam rahmatNya.

      Delete