Thursday, June 20, 2013

Sunyi itu sepi.

Sejak semua anak beranak dipindahkan ke ruang belakang rumah,sunyi bin sepi la no. 7 ni.Si Squirrel pun sama menghilang diri...Dari semalam dia tak lagi berlingkar dalam rumah.Masuk pun sekadar mengalas perut .Dan paling hairan,pakmok pun tak mengiau minta izin masuk rumah.

Pandai mogok ya...

Oh nampaknya sunyi sepi ni pun ada juga kena mengena dengan cikli yang nampak moyok sekali.Makcik tak berani nak tanya lebih lebih.Tapi pagi tadi sebelum keluar bekerja dia ada juga bercerita....

Tak habis lagi kerenah orang tu ya...
Abah...biarkan saja.Buat apa nak sakit kepala.Tuhan kan ada...makcik beri pendapat saja.

Senang senang potong rezeki orang dengan alasan yang entah berantah.Setiap sen yang dipotong tu dia potong rezeki pekerja pekerja.Tengoklah satu hari rugi dia lebih besar dari kita...Tak perlu kita buat apa apa .
Tuhan maha mendengar
Sekarang tuan yang tak mahu pandang muka pekerja ,yang ingat dia maha berkuasa tengah diuji tuhan yang esa.
Pelajarnya ditangkap khalwat sekali lagi Kali ini lagi heboh kerana jadi isu sekampung.Sampai bawa geng serang menyerang...tentulah tak menang tangan pengetua nak layan.

Dia tension tu sbb tu dia lepas kat pekerja you.Cuba dia lepas kat pekerja tetap dia...mau kena cangkul naik ke muka.

Tak faham sunggoh makcik kerenah pentadbiran yang begini..Kalau pun nak sangat projek yang ini buat kroni tunggulah sampai tamat kontrak ini.Jangan gelojoh.Nanti makan diri!

Abah ...you buat sunyi dan sepi sudahlah....makcik berkata sebelum kereta cikli berlalu pergi...

No comments:

Post a Comment