That other day,as I was watching a tv prog ,a trailer was aired featuring that x Melody presenter?.....and if my memory is still ok it's Zara.Right?
Oops its Dira Abu Zahar folks.
Dan tertanya tanya aku apakah ceritanya kerana apa yang ditayangkan itu betul betul berlaku dalam keluarga ku.
Ya ....she's counting the days to her solemnization when the bridegroom to be had a change of plan.Hancur berderai hatinya dan aku dapat merasakan seperti itu satu realiti bukan garapan pengarang.
To be rejected in love we had a plenty in our family.Ah...boleh dibuat novel.Mungkin jadi saga.Tapi apa daya...aku bukan pengarang adanya.Hanya penulis picisan saja.
Yang dah berumahtangga ,yang nampak bahagia asalnya pun kecundang ditengah jalan.Masing masing pilih punya jalan hidup sendiri.Tapi yang makan hati,merana diri tentulah anak anak yang tak mengerti.
Dia menggeleng kepala bila ditanya tentang anaknya.Tak tahu dia apa cerita mereka kerana kehadirannya dah tak diperlukan mereka.Akibat jalan yang diambil bertahun lalu dia jadi orang yang tak perlu .Gunanya hanya masa menjadi wali anak perempuan sahaja.
Sedih dia bila anak yang akan memulakan pengajian di seberang sana buat seperti dia sudah tiada.Jangankan berjumpa ,SMS pun tak ingin mereka.Nak kata hello pun agaknya mereka dah geli.
Apa salahkan beritahu si ayah ,minta restu.Mentang mentanglah ayah tiada apa yang dapat membantu.
Hai...kita yang melihat pun jadi terharu....
Tapikan ....siapa kita nak menghakimi.
Hanya aku dapat berkata.....biarkan mereka.Doakan kejayaanya kerana mereka anak mu jua.
Mungkin juga si anak terasa....masa mendaftar orang lain berbondong dihantar ayah mereka sedangkan dia hanya abang dan emak saja.
Satu hari anak ku berkata....mama bertuahkan dapat kami yang semuanya tak beri masaalah dalam pelajaran kan....
Oh anakku....kamu lebih lebih lagi bertuah dapat kami ibu ayah yang sanggup telan rasa susah,rasa sesah .Kamu tahu ibu ayah juga punya masaalah .Tapi kami redah sebab fikir masa depan kamu yang cerah.Kalau ikut logik,masa muda dulu lagi ibu dah belah.....haha.
Teringat aku akan liku liku hidup aku yang kalau tak sabar jadilah keluarga aku bersepai.Baru ramai....
Oh ya anak anak..
Kala duka menyapa.....sabar ,sabar dan sabar.Ada kemanisan dihujungnya.
Kebahagiaan seorang ibu adalah bila dapat memberikan kebahagiaan buat anaknya...
ReplyDeleteKakcik
DeleteNaluri ibu...tiada bahagia kalau anak anak tidak bahagia.Rasa air ditelan susah nak jalan..
Sebelum jadi mak, makchaq jarang nak ambik tau perasaan mak... dah jadi mak baru tau....baru hargai perasaan seorang mak...
ReplyDeleteKalau anak rasa sedih/kecewa, mak ikut terrasa 2x ganda, bila anak sakit, rasa biaq la mak yang ganti ambik sakit tu... Kalau anak suka biaq mak tak makan pun tak apa...
Makchaq,
DeleteBetul sekali...apa apa kita buat kita buat terbaik untuk mereka.Sanggup jadi galang ganti.