Wednesday, April 3, 2013

Wish me luck

Setiap pagi gitulah routine kami.
Bersalaman sebelum dia melangkah keluar dengan kata kata keramat itu.
Kesian.Sedang orang lain sudah boleh goyang kaki makan pencen,cikli perlu bersilat mencari makan setiap pagi.
Hmmm rasa tak sedap hati...
Apa lah lagi problem hari ni....

Mamason hanya dapat meringankan kecamuk hati cikli dengan berpesan suruh bersabar...bersabar dan bersabar.

Sudah hampir 30 tahun cikli dalam bidang ini.Dan setahun 2 inilah makcik lihat keluh kesah dia bertambah tambah dengan macam macam masaalah.
Masaalah kewangan ,masaalah pekerja,masaalah pelanggan tak habis habis bertali arus.

Tutup sajalah syarikat ....cukuplah dengan pencen .Makcik ajukan cadangan.

Hmm kalau cukup bayar hutang hutang sedia ada ,mau saja ...you nak bayar ke ? Soal cikli kembali.

Menjadi taukeh bukan senang.Silap catur ,silap atur habis melayang.....Bila susah siapa pun tak pandang.

Wish me luck.....Assalamualaikum...laung cikli sebelum berlalu pergi.




2 comments:

  1. AsSalam Mamason,

    Nani bulan depan akan tutup syarikat, Langsai semua. Perabot opis ada yg dijual, ada yang boleh dipakai, ada yang bagi orang.

    Alhamdulillah..tenang, rehat, menanti akan hari nak pulang.

    Moga Cikli dapat mencari solutions yang terbaik.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Cikgu..
    Rezeki ni dtg dlm berbagai cara...
    Semuga dpt penyelesaian yg terbaik...

    ReplyDelete