Sebagai bekas orang pendidikan,diberi peluang berada dalam pentadbiran,sedikit sebanyak aku alert tentang perkara perkara dalam pengurusan .... ..
Aku alert tentang klausa klausa perjanjian....bila telah termetri.Semua ada hitam putih.
Jadi aku jadi bingung dan bengang bila tiap hari ada saja isu yang dihadapi cikli dalam menjalankan tugas syarikatnya.Semua kerana kerenah kepala pentadbir.Mulut pentadbir .....ikut sedap saja apa yang nak diarah.Tanpa ambil kira jadual dan terma terma perjanjian.Apalagi perasaan orang.
Masih keliru tentang apa yang mau aku sampaikan?
Begini ceritanya....
Pagi tadi ,sipengetua menurun tingkap keretanya sambil bertempik kepada penyelia...Mana traktor? Mana traktor? Terpinga pingalah si penyelia ini...Apa pasal dok bertempik dari dalam kereta..
Dan bila disemak jadual kerja ,8 haribulan baru traktor disewa masuk untuk tujuan itu...Itulah rutinnya kecuali ada program tergempar boleh direschedule setelah dibuat perundingan.Bukan arah arah dan tempik tempik macam orang hilang akal.
Begitu juga kerja kerja lain semuanya berjadual...Ada scope ,ada tarikh,ada block.Clear and nyata.
Tapi entahlah pengetua yang ini ....terlalu .Pernah bangku batu besar diarah buang,pokok tinggi melayup diarah cantas....semua cikli ikut.Walhal itu bukan masuk pun dalam kontarak.Dan masa bersembang dengan seorang dekan Universiti,meminta pandangannya dia golek kepala.Gila. Makcik yang tak masuk universiti pun kata itu kerja gila...
Masa jadi GB dulu,pokok besar tumbang,bukan kontarktor cucian yang buang tetapi ditender....begitu juga trim pokok besar pemeluk....JPN hantar kontraktor lain.
Lagi satu tengah tengah panas masa pekerja sedang lelah memesin rumput,usahlah beri arahan itu ini.Silap haribulan kepala kau pula dimesinnya.Gunalah diplomasi.
Makcik agak pengetua ni nak tengok kawasan dia cantik sekata macam istana negara atau buckingham palace.Setiap inci persegi sama rata setiap hari....seluruh kawasan.Dari halaman depan hingga belakang.
Haaa...sanggupkah keluar peruntukan sebesar istana negara.Supaya boleh dikhaskan setiap satu meter persegi ada pekerja menjaganya malam dan siang. ...
Hari tu makcik lalu lebuhraya dari KL ke utara.....tak ada pula semua kawasan sekata dijaga... Ada baru mesin,dan ada yang telah panjang rumputnya....Agaklah...mesti mereka ada zon dan block untuk membuat kerja.Dan bila ada zon dan block dan pusingan kerja tentulah ada panjang pendek rumputnya.Tentu ada rapi dan tidaknya tumbuhan yang dipangkas.
Akibat dari terlalu menjaga ,menindas pekerja kontrak pengetua ini tiada masa nak jaga perihal pendidikan pelajarnya....awat tak tersenarai ditempat paling corot dalam peperiksaan SPM lalu. No 42/43..ambik kau.
Kerana terlalu absurd dalam pentadbiran,ramai staf yang sakit jiwa....Ramai yang bercerita.Ramai yang mengadu.
Kerana sibuk benda lain....sampai pelajar pun dah pandai khalwat dalam bilik air...dia buat tak tahu.
Nak makcik tulis nama pengetua hebat ni...... kalau ikut marah .tapi tak perlulah.Dia bukan baca pun blog ni.
Ya dalam 30 tahun bekerja.... inilah yang paling malang bagi RCS....belum ada lagi yang begini....dan cikli tentu marah bila makcik tulis cerita ini.... .Tapi bila dah cerita hari hari..
Dan makcik percaya dia buat ini hari hari supaya cikli patah hati,undur diri...boleh masuk syarikat sendiri atau proxi...biasalahkan. ...dan telah dibuktikan.
Ya Allah Ya Rabbi .....permudahkanlah rezeki kami....
.
banyak orang banyak ragam...Pengalaman berurusan dgn org macm ni lah yg mematangkan kita...
ReplyDeleteGH,
DeleteSelain dari matang...mereka juga mendarahtinggikan kita..kena sabar lah banyak banyak.Kuasa ditangannyakan.