Hehe....apa nak dibuat lain daripada mengadap tv.Tahu bukan selalu makcik boleh control tv depan kalau cikli ada rumah...Yahoooo.
So dengan remote ditangan,lepas satu satu prog. makcik layari.Ada VOICE....oklah sbb suka rancangan ni dari AI..Ada Next Top model...dah dah,apa punya merepek rancangan ni.Sekejap singgah CNN,Al Heejrah,lepas tu ke Life Inspired....Tekan lagi ...555,556 Kalau remote tu boleh jerit tentu dah keriau sakan dia....SAKIT.....stop it!
Add caption |
Tergamit kenangan sejuk beku didalam kelas yang terlalu dingin sbb heating faulty.Kenangan bersama kawan kawan 15 orang dari setiap negeri di Malaysia.Sejuk kaki kerana kasut yang dipakai tak menepari ciri ciri hawa dingin dan jalan yang sejuk masih terasa sampai hari ini.
Tergamit kenangan melawan sejuk pagi menaiki bas dari tempat tinggal ke Moray House. Menyembur asap .Perlu jalan kaki menyelusuri bangunan bangunan zaman medieval....patung patung batu,sepanjang jalan cobbled streets ....The Miles.
Leka aku bila melintasi Princess Street ....Istana Holyrood ( entah betul entah salah namanya).Kebun bunga yang ros nya sebesar pinggan.
Leka sekali bila melintasi deretan kedai parfum....masuk busuk keluar wangi kerana menyembur tester minyak minyak wangi yang tak pernah aku cuba di sini.
Aduh.....kalau aku seorang penulis....setiap hari penuh dengan hikayat berbagai.Kalaulah aku JK Rowling.Aku kagum dengan kisahnya yang berjaya hasil dari karyanya...bersusah payah akibat suami yang abusive...Banyak benar pelajaran yang boleh dikutip.
Tapi kenangan dipejabat pos satu hari.....menangis aku sepanjang jalan bila tidak dapat menghubungi Malaysia....bertanya kabar anak anak yang masih kecil.Lebih lagi bila poskad dibaca anak dirindu sedang tidak sihat.
Dan kenangan itu datang balik bila aku disini sedang anak anak di KL.....macam macam cerita sakit demam mereka. .Aduh mau saja aku terbang ke sana..
No comments:
Post a Comment