Saturday, April 13, 2013

Apa dinner kita malam ni cikli.

Dah kering kontang bahan bahan basah dan kering dalam dapur.
Kita ke Tsssco sajalah tgh hari ni....Lunch kat tempat biasa,ajak cikli.
So tghhari tadi,cikli & cikson menuju Alor Setar.
Singgah makan di kedai bawal goreng ....sedaaaaap.Macam makan kat rumah.Cukup asam garam.Gulai ikan terangkat.Sambal belacan hmmmmm.jadi tak heranlah sentiasa penuh kedai ini.

Selepas makan kami menuju ke Giant......ubah rancangan.

Selepas mengisi dua troli dan menghabis RM150++ ,kami terus balik.Tak kuasa nak kelain tempat.Takut ikan,ayam,sotong dan udang busuk ditengah jalan.

Hmm kalau boleh makan bihun goreng pun jadilah,cikli bersuara lagi.Makcik buat dengar tak dengar kerana badan dah letih sangat.Beli sajalah malam ni....

Tapi,bila dah didapur,ringan saja tangan siang udang,ayam.Potong sayur dan grind rencah cilinya.Untuk cepat,bihun dicelur air panas.Dan mulalah makcik menggoreng nya utk makan malam.

Alahai....kenapa bihun dah jadi halus .Relai.Sudah...hilanglah kehandalan makcik memasak bihun goreng yang bertali,sedap lagi enak...Bihun dah jadi lembik bokbek...Nak gelar bubur bihun pun boleh dah.

Lepas maghrib,cikli buka tudung saji.Hai bihun ke bubur ni
Apa apa sajalah abah..
Dan bila cikli bertambah makan,lega rasa hati....
So malam ini,cikli cikson menjamu selera Bihun Bok Bek....atau nama lainnya bihun lembik.... hehe.

ni bihun cikaten bukan bihun bokbek.

Cikaten kalau dirumah ada saja masakan yang di masaknya.Sedar sedar dah terhidang.....
Oh ya....27 haribulan  dah dekat.Teringat kek dari Pahang
Kalau dapat lagi boleh lompat sampai bintang......





4 comments:

  1. Cikgu..
    Mesti rencahnya sedap sebab walaupun kata cikgu terlembik.. Cikli makan bertambah.. Apa yg penting.. Air tangan isteri....

    ReplyDelete
  2. Rahmah,
    Cikli mamason ni batu dgn kayu saja yang dia tak lalu kalau masak sendiri...

    ReplyDelete
  3. memang kalau celoq dulu akan jdi bihun bok bek he he.I have shared many of yr privious recipes. thnx alot sis.bihun bok be pun boleh tiru rncah dia..sedap.

    ReplyDelete
  4. Maz,
    Actually bukan celoq tapi rebuih....tu yang terlebih lembik.Never know my recipe ada pengikut...hehe.
    Eh kalau lah mamason tak merajuk kerana ejekan cikli tentu lebih handal memasak sekarang.Ni dua tiga jenis lauk saja yang reti.Skrg dah lambat dah nak buka buku resepi.Malas lagi banyak dari rajin.Stupid me.

    ReplyDelete