Thursday, March 7, 2013

Rezeki pak ya..oh ya.

Dah dekat seminggu,hasil tangkapan itu tersejukbeku dalam mr.singer bukan mesin jahitku.Dah keras kedekiang ...kata orang utara.
Semalam yakni kelmarin,mamason siang dan beragak agak nak masak.Tapi put on hold kerana cikli dah tapau makanan.
So harini makcik kata: tak boleh jadini.Teringin sangat nak makan gulai buatan sendiri...resepi tokton.

So at 11.00 makcik mulakan operasi menggulai,mengoreng dan menyayur.
Hasilnya pada petang tadi cikli menghabiskan dua tiga pinggan nasi berlaukkan gulai ikan duri,bilis goreng tangkap sendiri dan sayur campur bersotong...ehem..sotong berbaki umpan.

Jadilah...tak boleh dok banyak qhotiaq....kata orang utara lagi..banyak songeh.
Itulah kisahnya
Rezeki pak ya..oh ,kelong pak ya


antara hasil tangkapan

Aha, biarpun kau hanya mak bilis...itu pun dah rezeki

mak bilis

gulai  ajaran tokton..



4 comments:

  1. mak bilis hehe...kalau bapak bilis lagi besar,kan..

    saya asal kelantan,sumai org kulim..dah 20 th dok kulim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap digoreng garing makbilis itu.
      Kelate..CSWK..tu yang manis makcik nampak.
      Makcik dah lama tinggalkan Kulim...lebih 30 tahun..tapi tetap ingat kenangan kat sana.

      Delete
  2. Cikgu..
    Baru tahu bilis boleh dipancing..
    Ingatkan guna pukat laut dalam baru dpt bilis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      tu la kali pertama mamason tengok .Cikli guna pancing yang tak pakai umpan.Letak sekejap saja dah dapat.Tapi waktu pagi pagi nak cerah baru dapat.

      Delete