Sunday, March 10, 2013

Ciklin jangan marah

Menengok gambar mereka berempat berkumpul bersama buat hati mama rasa bahagia.Rasa lega.
Syukur melihat anak anak berempat  menyemai kasih sayang antara mereka..Itulah yang mama selalu unjurkan.Selalu doakan.
Usah kamu berpecah belah,sakit menyakiti,cemburu mencemburui.

Bukan tidak ada sesama adik beradik khianat mengkhianati. Syak wasangka,kata mengata hingga sampai tergamak bomoh membomoh.

Bukan tidak ada antara keluarga sakit menyakiti sehingga tidak boleh bersua muka mesti ada perkara.

Ciklin jangan marah ya....sempena harilahir mu,ibu berceloteh sepatah dua.

Had wished you a happy bday with all the good tidings.And mum would like to congratulate you for being a good sister to your siblings.So pada adik adik ,hormati kakak mu ,sayangi dia as you have all done.

Anak anak...in time of good or in time of trouble ,stay together.Cherish each other.

haha..masih teringat mama katamu : Bila kita kaya kita beli ni ya mama...nyaring dan kuat dalam sebuah pasaraya bila kehendak mu tidak dapat mama tunaikan.

haha..masih terbayang liuk lentuk tarianmu dipentas sekolah hingga ada penonton berkata: anak siapa tu?Sedangkan mama kaki kayu.

haha .. masih teringat watak ciksom lakonan mu...

haha...masih teringat petahmu bercerita di radio perlis hingga ditawar utk menjadi pencerita berbayar.

And most of all masih ku ingat chubby pipi mu ...sedap dicubit orang yang lalu.

hehe...mama ni..mesti itu kata anakku bila baca cerita ibu.


2 comments:

  1. IM ada 3. 2 ok 1 tak ok. Yang ok pun kekadang terbit kerisauan.

    Agaknya, selagi mata tak di tutup Tuhan, selagi itu rasa kebertanggungjawaban itu tetap ada.

    ReplyDelete
  2. IM,
    Salaam.
    Betul tu lagi mata masih belum tutup,risau ttg anak anak tak boleh dielakkan.Dulu makcik ingat lepas SPM dah boleh lepas dah,rupanya tidak.Lepas U pun kita masih risaukan mereka.Yang boleh buat berdoa sajalah .

    ReplyDelete