Pendek
Jongang
Capang
Hitam .
Ya dia sedar dia bukan insan pilihan.Dia sedar aset dirinya ....banyak yang negatif.
Tapi cukup cukuplah kawan kawan menggelar dia begitu.Lebih malang bila guru pun turut serta .Malu dia tak siapa pernah tahu.
Anak gadis itu di gelar kan nama kerana sifatnya suka ambil tahu...Sifat lurus bendulnya.Sifat bodoh alangnya.
Selamat pagi cikgu |
Makcik marah bila anak murid mempersendakan kelemahan kawan.Seorang murid gagap selalu dibuli oleh kawannya.Satu hari makcik beri syarahan..
Ha gelak..gelak puas puas .Besok kalau awak jadi macam tu baru awak tahu.Tahu tak sekarang kamu cukup sifat,besok kamu aksiden ke.,kaki kudung,tangan kudung ..ha baru tau.Cepat minta maaf. Jangan buat lagi.
Seorang murid yang bersaiz besar cukup susah untuk bangun.Terkial kial dia untuk mengembeleng tubuhnya.Riuh rendah kawan yang lain suruh dia bangun juga..
Tak apa kamu boleh duduk.Nampak lega di mukanya.
Anakanda guru guru yang sedang berkhidmat,akan berkhidmat,
Pesan mamason: Kita guru bukan hanya menyampai pengetahuan tetapi menyemai nilai diri.
Cubalah hindar dari memberi nama yang kurang enak pada murid walau itu hanya jenaka.
Kerana kita bukan semua insan pilihan.
Makcik guru pencen.
Sangat setuju...
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Jazakallahhukhairan kathirah..
Alhamdulialh.terimakasih.
Deletebagi saya kita semua insan pilihanNya.
ReplyDelete* terima kasih kerana singgah dan komen di blog saya .. saya follow.
Benar sekali.DisisiNya kita semua insan pilihan.Yang disisi manusia lain itu yang jadi masaalah.Ada kasta,ada segala.
Delete..tkasih kembali.