Cikli mee ladna
Cikson mee kuah
Cikna mee hailam
Itulah makan malam kami anak beranak.Anak anak kaki empat pula bermakanmalam lebihan ikan goreng siang tadi.Murah rezeki.
Oh well..... semua tu tak ada news value kan.
Yang jadi ceritanya begini:
Sedang cikli menunggu tapaunya siap,seseorang menegur dia.
Cikgu apa kabar.Dok mengajar lagikah?
Cikli pandang dia atas bawah,cuba meneka siapakah gerangan nya.
Saya anak murid cikgu.Sekolah Seri Indra dulu....
Dari situ mulalah cikli memberi taklimat tentang isterinya kepada bekas anak murid isterinya yang telah 40 tahun berlalu.Cikli memang gemar menceritakan kegemilangan kerja isterinya...haha.
Beri tahu dia 2 orang kawan saya yang dia ajar dah tak ada...Innalilla.
Hmm...wajarlah mamason rasa sakit sini sana.Memang ramai kawan kawan seperjuangan yang telah pergi atau yang sedang menanggung sakit.Stroke,kencing manis peringkat kritikal,sakit jantung antaranya.
Dan bila diberitahu anak murid pun ada yang telah tiada...mamason hanya boleh menjawab:
Bila sampai masa.....
Tapi kalau boleh mahu juga melihat anak anak berkeluarga dulu.
Entahlah....ada tak rezeki itu.Hanya Dia yang tahu.
tu la doa kita kan? moga2 dapat tengok semua anak berkeluarga .dan dapt main dgn cucu dan cicit..msti best.masa tu dah tk larat jalan,dgn tongkat ,terhencot sana sini, tapi di muka senyum lebar...insyaAllah yang maha mendengar..
ReplyDeleteIndaaMarya...,
ReplyDeleteWe are assigned to our fate...ada yang bertuah ,ada yang tidak.Tapi berdoa itu sudah pasti.Semoga dikabulkan permintaan..InsyaAllah.
On another note,love to see the happy faces of the staff of SKRPB in fb..tentu happy sokmo katsana.Tak ada marah marah.
memang happy kak, kdg2 ada gak tension, tapi dah tua2 ni buat2 cool ja.
ReplyDeletePengalaman yang buat kita boleh cool kan..Remembered those days when I was super sensitive but mellowed down with age.
Delete