Tuesday, March 12, 2013

Bila belanga berbunyi..perut menyanyi

Really....akibat sakitnya ciktam,mamason terperuk kat rumah dah berhari hari.Cikili cakap ciktam parah.Masuk ICU.Jantung kena overhaul...huhu.Yang makcik risau tu berapa kepuk pula duit nak melayang wei.Oh weeeei.

So akibat terperuk,terkurung dalam rumah.habislah stok stok makanan dalam freezer dan gobok.Yang tinggal beberapa kerat ayam,dua kerat taukua,berapa genggam sayur sawi dan sepeket mee basah.
Amboi...teringin pula nak makan mee berkuah.

Lihat lagi dalam freezer:
Dah ada cili blend,bawang blend.

So menggunakan pengetahuan chemistry yang sekerat dua tu,makcik mulakan eksperimen.


setiap satu ada fungsinya.Yang merah utk nina

Maka berbunyilah belanga makcik berkentung kentang..bila perut dah menyanyi..

Tumis bawang merah dan putih dan halia.Masuk cili.Goreng hingga hilang bau.
Masuk ayam..balik balikkan.Masuk air,garam,sos tiram,sos tom yam,kulit kayu manis,halia..Tutup periuk.

Goreng dua ketul tauhu yang dah dipotong panjang.Masukkan dalam kuah.

Celur sayur dan mee....TUDIA!
Siap. Mee entah apa apa punya resepi.

mee kuah asal jadi

Bila cikli balik tgh hari tu...terkejut dia..ada mee ala tomyam tak tomyam tersaji atas meja.Buatan sendiri.

haha....2 tiga mangkuk juga dia makan tghhari tu.Burrrrp.
Alhamdulillah

nasi ready made
Hari ni makcik gantung semua belanga...dah tak berbunyi ketung ketang sebab cikli dah beli nasi bungkus ini. Tapi bila tak ada favourite makcik...apalagi kalau bukan sambal belacan....kawan baik makcik sedia untuk menghabiskan...tengok tu sedia dia menanti
Nyieowww.
kawan setia.

waktu waktu begini teringat makci kantin kat SKRPB....amboi apalah menu dia harini.

4 comments:

  1. ketentang kelentung membuahkan hasil...Dapur saya senyap sunyi hari ni..Hai lah perut, bawak bersabar yer perut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai perut tu dengar kata tuannya..dah makan malam?

      Delete
  2. Today my anak dara masak soto.balik sek lmbat mesyuarat.tengok soto dh trhidang atas meja..lega

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertuah nya ada soto tersedia...harini mamason buka bungkuih saja.

      Delete