Tak sedar makcik bila dia balik.
Tengok jam pukul satu ,dia masih tiada.
Tak larat menunggu,makcik masuk tidur dahulu.
Begitulah kisah kami sebulan sekali
Cikli keluar bertugas ...KRT katanya.
Makcik tak kisah.Kalau kearah kebaikan bersama,untuk kesejahteraan pendudukan sekitar taman.
Tapi yang kepelikan,bila nampaknya orang orang yang terlebih usia saja yang beronda,berembun .Mana yang muda belia,gagah perkasa.Kenapa tak turun sama?
Sederet rumah makcik ada 3 rumah didiami anak muda seusia anak makcik.Tak ada pula makcik tau mereka berKRT..Mungkin juga makcik yang tak tahu.
Hah
Awal pagi rutin makcik baca berita dari sana sini. TV diruang dapur dah lama padam,tak berganti.Lagipun itu itu sajalah berita yang disogok setiap pagi petang siang malam.
Masih lagi berdarah di LD sana.Tapi yang darah mengalir di Bukit Katil apa halnya.Walau bukan dari peluru namun darah menitis jua.Geram bila baca berita begini.Bila kita nak jadi dewasa .Sikit sikit baling batu,sikit sikit pecah pintu.....why all the hooliganism?What are we trying to show.?
Terimbau kembali nostalgia masa lalu.
Makcik pernah mengikuti ceramah pilihanraya masa kecil dulu.Siap insignia kepala lembu,kati,roket.Tapi tak ada pula huru hara yang makcik tau.Semasa parti pemerintah berceramah pun begitu.Boleh dengar siapa mahu.Those were the days in Kulim satu masa lalu.
Aduh...tanah airku.Cepat cepatlah PRU.
salam singgah sini :)
ReplyDeleteye betul, cepat2 lah PRU tak sabar nak buat pilihan :)
Tihara,
ReplyDeleteAs salaam
Saya selau impikan kebebasan utk dengar hujah kedua belah pihak.Supaya kita senang dan adil buat pertimbangan...kalau keadaan mcm sekarang,susahlah.