Monday, February 11, 2013

Perjalanan ini....the homecoming

Seawal 9.45 kami dah sampai diterminal Duta untuk perjalanan pulang.Terkejut baboon kami kerana tiket Mara Liner ditempah secara online adalah untuk besok harinya.Nak tukar date adalah mustahil kerana tiket dah kehabisan.So fikir punya fikir ,kami mengambil 2 other tickets dari Etika Jelita.Maunya molopong tengok another 90 Rm melayang layang saja..

So at 10..we were led to the red single deck bus at platform 7.Here another issue arose when all the other passengers were allowed on board except cikli and cikson.Hai mau naik syeh juga la makcik yang cool ni.Buatnya semua seat dipenuhi,apa jadinya kami.Agak agak jadi priety zinta dgn sahruk dalam meer zara kot.

Oklah... at last we us were given our due seats.Dan bas pun bertolaklah dari perhentian dgn lambaian tangan anak anak tersayang.Sedih hati tau nak tinggal depa kat situ.Rasa tak mau balik pun ada.

Dan sepanjang perjalanan itu,puaslah mamason mendengar ceramah dan gosip dari siaran langsung.Co pilot dan pilot punyalah tak henti bersembang pot pet pot  pet sepanjang jalan.Kuat pula tu.Macam dengar cikgu sejarah mengajar pun ada.

Hmm bila cikgu sejarah dah letih mengajar,ingat legalah hati sbb telinga tak payah dok kerja.Ya ampun...rupanya hidung pula kena kerja overtime kerana terpaksa menghidu gas yang tengik.Agak agak la sikit kalau nak melepas pun.

Akhirnya selamat kami sampai ke kangar @ 5.00 like that.Walau penat makcik teruja nak cuba terai pakai kampungku punya cadar.Aduh mau terpeleot jari nak masukkan bantal dalam sarung.Mujuq beli sepasang saja.

Oh ya  ingat habis kat situ saja ,nasib lebai dan mak andeh hari ini.Rupanya ada lagi.Dok tak dok tv kegemaran makcik pula dok buat mogok.....

Itulah saja cerita makcik hari ini.Sekian.Bye.






No comments:

Post a Comment