Wednesday, February 20, 2013

Peghelih...hok hangat and hangit.

Saghi saghi aku dok ghumah,tak cakap ngan sapa sapa ,aku bukak ghedoi Peghelih FM....Itulah halua telinga setiap hari mamason.Nak buka tv gedebak besaq zaman tok nadok dia dah berpegian.Pergi yang ku rasa tak kembali lagi.Ada juga cikli nak bagi cpr...tapi non hado.

So jenuhlah telinga makcik dok dengar lagu lagu loghat peghelih..

Tapi tak pa lagi sbb tak jadi hal...tapi satu wawancara/interbiu/bualbicara antar radio dan seorang penjawat awam buat makcik tertanya tanya:






Issuenya ttg bendera bendera parti yang dipasang bertebaran disegenap cerok negeri hingga ke pucuk daun yang tinggi.Perkara ni bukan baru,tapi sejak kebelakangan ni menjadi jadi.Sama naik parti kerajaan dan parti pembangkang.
Yang jadi hot dek kerana pasang memasang turun menurun bendera sbb keluar habis perkataan nahorom...Kononnya di tujukan pada pihak berkuasa tu oleh parti yang tak berkuasa...Eh malaslah nak ulas panjang panjang bab ni....biaq pi depa urus sendiri.

Yang mamason perati ,dari tahun lepas lagi ,parti satu bubuh,parti lagi satu letak sikit lagi tinggi ditempat yang sama.Parti lagi satu letak tepi jalan,parti lawan mai selang selang selagi boleh letak.Ada satu masa sampai dalam sungai mereka main lawan lawan.
Satu hari dalam hujan lebat,nyaris nak eksiden sbb batang buloh tu dok terjelir terjuih kat pengguna jalan raya.Sapa naya?Mau batang buloh tu terkena penunggang motosikal ,masuk sungailah simalang tu.

Pilihanraya oh pilihanhanturaya
Cepatlah berlalu...cek tak suka sangat bab politik maki memaki ni.Hangat dan hangit rasa telinga ni.

makcikpencen.

lagu celaghu awat depa buat lagu tu dok tgh bersiaran kat peghelih FM...very apt.




2 comments:

  1. Mamason
    Kadang2 I tak boleh baca entry you sebab depa overlap. Sat tadi tak boleh komen for this particular entry until I did something..

    Anyway, kat rumah CikLi yg kat sini pun ada tv gedabak yg dah mula keluarkan gambar kelabu asap. Tengoklah berapa lama boleh bertahan..

    ReplyDelete
  2. CS,
    I kdg kdg terlebih pandai.Masuk web sana sini.Takut juga .Sbg permulaan i free kan blog ni dari semua link dan script script.Dah tinggal togel.
    Tadi suruh anak kat KL buka blog,dia kata ok la pula.

    CS..mula dia kelabu asap ,lepas tu dia keluar asap ASAP.Lastly,Dapur kita pula tak berasap nak ganti.

    ReplyDelete